Sabtu, Ogos 02, 2014




::: SUNAT AB'AD DAN SUNAT HAI'AT :::
Assalamualaikum sahabat !
dekat sini saya nak kongsi sesuatu
iaitu mengenai sunat ab'ad dan sunat hai'at
Pasti ramai yang kurang ambil tahu pasal perkara ini
mungkin ade yang dah belajar disekolah 
Tapi ade yang dah lupa sikit2
FIRSTLY 
SUNAT AB'AD
::: Merupakan sesuatu perkara sunat yang dituntut dilakukan di dalam solat.
Tidak kiralah sama ada dari segi rukun fi'liah 
( perbuatan )

mahupun Qauliah ( percakapan ) .

Apabila kita tertinggal sesuatu perkara dalam sunat ab'ad 
maka di sunatkan untuk kita melakukan sujud sahwi .
Dan tidak membatalkan solat 
jika kita masih terlupa lagi untuk melakukan sujud sahwi.
"Syaitan akan berduka jika kita lakukan sujud sahwi. Ini kerana dia tak berjaya meragu2kan kita dalam solat secara keseluruhannya.."
Sunat Ab'ad mengandungi 7 perkara iaitu :
1. Membaca tasyahud awal ( tahiyat awal )
2. Duduk tasyahud awal ( tahiyat awal )3. Membaca Qunut ( di baca ketika rakaat kedua solat subuh )

4. Berdiri semasa berqunut .5.  Selawat kepada Nabi  pada tahiyat awal .6. Membaca selawat ke atas  keluarga Nabi pada tasyahud akhir 

7. Selawat dalam Qunut .

Jika kita terlupa membaca atau melakukan salah satu dari perkara2 tersebut maka disunatkan melakukan sujud sahwi. Andai terlupa juga sujud sahwi, maka tidak membatalkan solat. Cumanya solat kita itu seperti tiada kaki atau tangan ditubuh kita. Walaupun tak menghilangkan nyawa, tapi tubuh kita sudah tidak sempurna. Seperti itu juga solat kita. Walaupun tak batalkan solat, tapi tidak menyempurnakan solat kita. Oleh itu, janganlah ambil mudah dengan perkara sunat ab'ad ini... Wallahu a'lam..

SUJUD SAHWI

:: Merupakan sujud yang dilakukan kerana tertinggal sesuatu rukun dalamsunat ab'ad ::
:: Di lakukan sebanyak 2 kali ::
:: Dilakukan sebelum memberi salam mengikut Mazhab Syafie::

'"Dari Abdullah bin Buhainah r.a bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.wmenjadi imam mereka mengerjakan sembahyang,lalu baginda bangun sesudah rakaat yang kedua dan tidak duduk ( utk m'baca tahiyat awal ) orang ramai pun bangun bersama-sama dengannya ( meneruskan sembahyang ) sehingga apabila baginda selesai sembahyang dan mereka menunggu salamnya ,ia bertakbir semasa duduk dan ia sujud dua kali ( sujud sahwi ) sebelum memberi salam,kemudian ia memberi salam ."

:: Bacaan sujud sahwi ialah 
Maksudnya : Maha Suci Allah Yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa


SUNAT HAI'A
:: Perkara sunat dan dituntut dan melakukannya mendapat pahala ::
:: Jika tertinggal tidak batal solatnya ::
:: Tidak memerlukan sujud sahwi ::
:: Perkara hai'at ialah :
1)   Mengangkat kedua tangan ketika Takbiratul Ihram

2 ) Melafazkan takbir selepas imam mengucapnya.3) Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri.
4) Memandang ke arah tempat sujud5) Membaca doa Iftitah
6) Membaca ta'awwuz sebelum membaca al-Fatihah7) Membaca "amin" selepas membaca al-Fatihah

8
) Membaca mana-mana ayat al-Quran selepas membaca al-Fatihah9)  Mengucap takbir ketika hendak rukuk.10)  Membaca ketika berdiri selepas rukuk.

11)  
Menjarakkan kedua-dua tapak kaki, Syafie :- satu jengkal, Hanafi :- jarak 4 jari 
12)  Membaca tasbih ketika rukuk13) Membaca tasbih ketika sujud14) Meletakan kedua lutut, kemudian kedua-dua tangan, kemudian wajah ketika sujud
15) Membaca doa ketika duduk antara dua sujud16)  Berpaling muka kanan ketika memberi salam pertama dan ke kiri ketika memberi salam ke dua.
Status sunat Hai'at ini pada Imam mazhab masih sunat hukumnya. Ia tidak membatalkan solat. Tetapi bila dinilai bahawa Solat mendekatkan diri seseorang kepada Allah swt, maka janganlah kita mengambil ringan akan perkara berikut, lebih-lebih lagi meninggalkan sunat-sunat Hai'at didalam Solat Fardu.Sunat-Sunat ini yang akan membentuk kesempurnaan dan kekhusyukan solat, kerana apabila seseorang itu bersolat, ia sebenarnya bermunajaat kepada Allah swt

Ini sahaja lah yg dapat saya kongsikan dengan sahabat2 sekelian . Harap segala input yang diberikan dapat dimanfaatkan bersama.Jazakumu khair kathir :)


Tiada ulasan: