Ahad, Ogos 20, 2017

HAJI IFRAD, HAJI TAMATTUK DAN HAJI QIRAN


Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima. Hukum mengerjakannya adalah wajib bagi yang berkemampuan.

 :  :  Firman Allah  

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّـهِ ِ ﴿البقرة: ١٩٦

Maksudnya
Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah
Surah Al Baqarah ayat 196

Haji terbahagi kepada tiga golongan iaitu
 1. Haji Ifrad     2. Haji Tamattu'      3. Haji Qiran  

Hadith daripada Aisyah RA

خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ عَامَ حَجَّةِ الْوَدَاعِ فَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِعُمْرَةٍ وَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِحَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ وَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِالْحَجِّ وَأَهَلَّ رَسُولُ اللَّهِ بِالْحَجِّ فَأَمَّا مَنْ أَهَلَّ بِالْحَجِّ أَوْ جَمَعَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لَمْ يَحِلُّوا حَتَّى كَانَ يَوْمُ النَّحْرِ

'Aisyah RA berkata: "Kami berangkat bersama Nabi SAW pada tahun haji wada' (perpisahan). Diantara kami ada yang berihram untuk umrah, ada yang berihram untuk haji dan umrah dan ada pula yang berihram untuk haji. Sedangkan Rasulullah SAW berihram untuk haji. Adapun orang yang berihram untuk haji atau menggabungkan haji dan umrah maka mereka tidak bertahallul sampai hari nahar (tanggal 10 Dzul Hijjah) ".
HR. Bukhari

 1. Haji Ifrad - ( افراد )   

Melakukan Umrah selepas selesai mengerjakan  ibadah haji.

Haji Ifrad adalah untuk mereka yang berkelangan mengerjakan umrah selepas selesai mengerjakan rukun rukun haji.

Mereka tidak perlu terburu buru mengerjakan umrah dan tidak ada keperluan berbuat demikian.

  2. Haji Tamattu' - ( تمتع  )

Mengerjakan Umrah dalam bulan bulan haji sebelum hari wukuf di Arafah

Haji Tamattu' adalah untuk mereka  yang berkesempatan mengerjakan umrah sebelum hari wukuf  di Arafah dan tidak berpeluang mengerjakannya selepas selesai mengerjakan ibadah haji.

Dalam erti kata lain inilah satu satunya masa baginya mengerjakan ibadah umrah.

 3. Haji Qiran  - ( قران ) 

أَنْ يُحْرِمَ بِعُمْرَةٍ فِي أَشْهُرِ الْحَجِّ ثُمَّ يُدْخِل الْحَجَّ عَلَيْهَا قَبْل الطَّوَافِ

Seseorang berihram dengan umrah pada bulan-bulan haji, kemudian memasukkan haji ke dalamnya sebelum tawaf

Haji Qiran adalah untuk golongan yang  tidak berkesempatan langsung  mengerjakan Umrah samada sebelum ataupun sesudah mengerjakan ibadah haji.

Dalam erti kata lain, itulah hajinya dan itulah juga umrahnya. ( 2 dalam 1)

Disyariatkan kesemuanya ini adalah kerana Allah mengetahui hal keadaan hamba hambaNya. Bayangkan jika disyariatkan Haji Ifrad sahaja, maka bukankah ini akan menyulitkan mereka yang tidak berkesempatan mengerjakan umrah selepas haji.

 :  :  Firman Allah  

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ُ﴿الحج: ٧٨

Maksudnya
Dan Ia tidak menjadikan atas kamu  pada agama itu sempit.
Surah Al Hajj ayat 78

Dam ( denda ) akan dikenakan atas
Untuk Haji Tamattu' dan Haji Qiran iaitu menyembelih seekor kambing.
Sila rujuk QS al Baqarah ayat 196

Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.

BLOG:
www.annajahcemerlang.blogspot.com

Khamis, Ogos 17, 2017

PERBEZAAN ANTARA SUNAT AB'AD DAN SUNAT HAI'AT


Definasi

 :  :  Sunat Ab'ad  
Sunat Ab'ad ialah perkara - perkara sunat yang dilakukan semasa solat . Jika kita terlupa membaca atau melakukan salah satu dari perkara2 tersebut maka disunatkan melakukan sujud sahwi.

 :  :  Sunat Hai'at  
Sunat Haiah pula ialah perkara-perkara sunat semasa solat. Tidak perlu sujud Sahwi jika tertinggal  melakukannya.

Perkara perkara di dalam sunat Ab'ad ada  7 perkara iaitu :

  1. Membaca tasyahud awal  
  2. Duduk tasyahud awal  
  3. Membaca Qunut 
  4. Berdiri semasa berqunut 
  5. Selawat kepada Nabi pada tahiyat awal 
  6. Selawat ke atas keluarga Nabi pada tasyahud akhir 
  7. Selawat dalam doa Qunut 

Catatan

  • Tasyahud awal sama makna dengan tahiyat awal
  • Sujud Sahwi dilakukan sebelum memberi salam berdasarkan pada hadith dibawah 

Dari Abdullah bin Buhainah r.a bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w menjadi imam solat mereka lalu Baginda bangun sesudah rakaat kedua dan tidak duduk tahiyat awal. Orang ramai pun bangun bersama-samanya sehingga apabila Baginda selesai solat dan mereka menunggu salamnya, ia bertakbir lalu sujud dua kali ( sujud sahwi ) sebelum memberi salam, kemudian ia memberi salam ."


  • Andai terlupa juga sujud sahwi, maka tidak membatalkan solat. 


Perkara perkara dalam Sunat Hai'at ada 16 iaitu ...

  1. Mengangkat kedua belah tangan ketika hendak takbiratul ihram, ruku', bangkit dari ruku' dan bangkit dari tasyahud awal.
  2. Telapak tangan kanan berada di atas pergelangan tangan kiri 
  3. Membaca do'a iftitah
  4. Membaca ta'awudz dan Basmallah 
  5. Membaca surah Alquran
  6. Membaca amin 
  7. Menguatkan bacaan Fatihah dan surah pada rakaat pertama dan kedua solat Jumaat, maghrib, isya' dan subuh kecuali kalau dia menjadi ma'mum
  8. Membaca takbir Allahu Akbar 
  9. Membaca tasbih ruku' dan sujud 
  10. Membaca sami'allahu liman hamidah 
  11. Membaca do'a ketika i'tidal 
  12. Meletakan telapak tangan di atas paha ketika tasyahud awal dan akhir 
  13. Duduk iftisary dalam semua duduk solat
  14. Duduk "tawarah" atau bersimpuh pada duduk tasyahud akhir 
  15. Membaca salam yang kedua. 
  16. Memalingkan muka ke kanan dan ke kiri ketika salam pertama dan kedua.


 : : KESIMPULANNYA  

Sunat Ab'ad dan Sunat Hai'at adalah perkara-perkara sunat semasa solat.
Bezaya Sunat Ab'ad kena sujud Sahwi apabila kita meninggalkannya sedangkan Sunat Hai''at tidak perlu.

Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.

BLOG:
www.annajahcemerlang.blogspot.com 

Isnin, Julai 31, 2017

TAYAMMUM


Tayammum ialah bersuci dengan menggunakan debu tanah yang bersih sebagai pengganti kepada wudhu` ataupun mandi hadas.

 : : Firman Allah 

وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا  ﴿النساء: ٤٣

Maksudnya
Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan lalu kamu tidak mendapat air maka hendaklah kamu bertayamum dengan debu tanah yang suci.
Surah An Nisa' ayat 43

 : : Sabda Rasulullah s.a.w.  

« وَجُعِلَتْ تُرْبَتُهَا لَنَا طَهُورًا إِذَا لَمْ نَجِدِ الْمَاءَ »

Maksudnya
Dijadikan bagi kami tanahnya sebagai sesuatu yang mensucikan  jika kami tidak menjumpai air”.
( HR Muslim dari Hudzaifah bin Yaman r.a.)

 : : Sabda Rasulullah s.a.w.  

"Dijadikan bumi itu seluruhnya untukku dan umatku sebagai tempat bersujud dan alat untuk bersuci".
(HR Ahmad dari Abi Umamah).


KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN TAYAMUM
  1. Tidak ada air 
  2.  Air cukup untuk makan dan minum sahaja.
  3. Luka yang tak boleh kena air.
  4. Ketidakmapuan menggunakan air
  5. Air yang terlalu sejuk.

 : : Soalan   

Kaki saya luka dan tak boleh kena air.. Bolehkah saya berwudhu' dan untuk kaki yang luka itu saya tayammumkan sahaja.

Jawapanya  : TIDAK BOLEH
kerana kaki tidak termasuk dalam anggota tayammum.

Anggota untuk Tayammum ada dua iaitu
  • Muka
  • Kedua dua belah Tangan

 : : Firman Allah 

فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ﴿المائدة: ٦﴾

Maksudnya
maka hendaklah kamu bertayamum dengan debu tanah yang bersih maka sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu daripadanya.
Surah al Maidah ayat 6

Kenapa kita mesti campur adukkan antara wudhu' dengan tayammum?

Bukankah tayammum itu sudah cukup menggantikan wudhu'.

Namun begitu perlu diingat bahawa tayammum ini sah untuk satu waktu solat sahaja. Untuk waktu yang kedua kena ambil tayammum yang lain pula.

Sehubungan dengan ini, tayammum tidak boleh diambil siap siap sebelum masuknya waktu solat.

Selain daripada itu tayammum akan terbatal bila....
  • adanya air 
  • Melakukan perkara yang menbatalkan wudhu'
  • Luputnya halangan menggunakan air.

www.annajahcemerlang.blogspot.com

Isnin, Julai 03, 2017

ADDEEN ( AGAMA ) DISISI ALLAH HANYALAH ISLAM


 : :  Firman Allah   

وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿البقرة: ١٣٢

Maksudnya
Dan Nabi Ibrahim telah berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan Nabi Yaakub:  "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih untuk kamu agama maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
Surah alBaqarah ayat 132

Apakah yang dimaksudkan dengan kalimah Addeen itu ?

Dalam AlQuran Addeen membawa tiga maksud
1. Agama       ( Surah al Baqarah : 132 )
2. Undang undang    ( Surah Yusuf : 76  )
3. Hari Pembalasan ( Surah al Fatihah : 4 )

Kalimah Addeen dalam konteks ayat di atas adalah bermaksud agama dan agama disisi Allah hanyalah Islam.

 : :  Firman Allah   

 إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّـهِ الْإِسْلَامُ ﴿آل عمران: ١٩

Maksudnya
Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. 
Surah Ali Imran ayat 19

Islam juga agama yang Allah pilih dan Allah redhai

 : :  Firman Allah   

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Maksudnya
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redha Islam itu sebagai agama untuk kamu.
Surah alMaidah ayat 3

Ini bermakna Allah akan menolak mana mana agama selain daripada Islam


 : :  Firman Allah   

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿آل عمران: ٨٥

Maksudnya
Dan barang siapa yang mencari agama lain selain Islam maka sekali kali tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari orang - orang yang rugi.
Surah Ali Imran ayat 85

Bayangkan betapa ruginya kita seandainya amalan yang kita lakukan ini tidak diterima oleh Allah di akhirat .

  : : Justeru itu,   

Allah berpesan kepada Orang orang Beriman

  : :  Firman Allah   

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْم كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ  إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ﴿البقرة: ٢٠٨

Maksudnya
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam itu keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Surah alBaqarah ayat 208

Mengambil Islam sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain adalah termasuk mengikut jejak langkah Syaitan.  نعوذ بالله من ذلک

Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.

Sila layari juga...
www.annajahcemerlang.blogspot.com

🍏🍎🌻🍇🍑🍊

Ahad, Julai 02, 2017

'IDDAH BAGI WANITA YANG BERCERAI DAN KEMATIAN SUAMI




KATOGERI PERTAMA

WANITA YANG DICERAIKAN SUAMI

1➫ TIADA 'IDDAH

Jika si isteri ketika itu belum disetubuhi oleh suaminya

Firman Allah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِن ْعِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا  ﴿الأحزاب: ٤٩

Maksudnya
Wahai orang-orang yang beriman apa bila kamu berkahwin dengan perempuan - perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya ( jimak )  maka tiadalah bagi kamu terhadap mereka sebarang 'iddah yang kamu boleh hitung akannya.
Surah al-Ahzab ayat 49.


2 TIGA KALI SUCI
Jika si isteri ketika itu masih kedatangan haid

Firman Allah

 وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ ٌ ﴿البقرة: ٢٢٨

Maksudnya
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).
Surah al-Baqarah ayat 228


3 TIGA BULAN

Jika si isteri ketika itu telah terputus haid atau belum didatangi haid

Firman Allah

وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِن نِّسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ ﴿الطلاق: ٤

Maksudnya
Dan perempuan - perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid jika kamu ragu ragu maka 'iddahnya ialah tiga bulan dan (begitu juga) perempuan - perempuan yang belum kedatangan haid "
Surah at-Talaq ayat 4.

CATATAN

Menurut mazhab Syafiie dan Hanbali; termasuk juga yang perlu ber'iddah tiga bulan ialah wanita yang berterusan keluar darah dari farajnya di mana ia tidak dapat membezakan lagi bila ia haid dan bila ia istihadhah.


4 SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK

Jika bekas isteri ketika itu mengandung

Firman Allah

وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ  ﴿الطلاق: ٤

Maksudnya
Dan perempuan - perempuan mengandung, tempoh 'iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.
Surah at-Talaq ayat 4


KATOGERI KEDUA

WANITA YANG KEMATIAN SUAMI

1➫ EMPAT BULAN SEPULUH HARI

Jika bekas isteri ketika itu tidak mengandung

Firman Allah

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا ٌ ﴿البقرة: ٢٣٤

Maksudnya
Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (ber'iddah) selama empat bulan sepuluh hari.
al-Baqarah ayat 234.

2➫ SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK
Jika bekas isteri ketika itu mengandung

Firman Allah

وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ﴿الطلاق : ٤


Maksudnya
Dan perempuan - perempuan mengandung, tempoh eddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya
Surah at-Talaq ayat 4


Kewajipan ber'iddah bagi setiap wanita telah disyariatkan oleh agama bagi memelihara air mani suami supaya tidak bercampur dengan air mani lelaki lain demi menjaga nasab dan keturunannya.

Justeru itu, haram berkahwin dengan wanita yang masih berada dalam 'iddah. Sekiranya dilteruskan, maka perkahwinan itu tidak sah dan terbatal.

Disediakan oleh ...
Haji Im Nun al Urduni
Akdemi Al Quran Annajah,
Ampang,
Selangor.

Sila layari juga...
www.annajahcemerlang.blogspot.com

🌹🌷🌽🍇🍅🍋🍔

Sabtu, Julai 01, 2017

PEREMPUAN PEREMPUAN YANG DIHARAMKAN BERKAHWIN


Wanita wanita yang diharamkan berkahwin terbahagi kepada dua katogeri iaitu..

KATOGERI PERTAMA

HARAM BERKAHWIN BUAT SELAMA LAMANYA

: 1 : Haram disebabkan hubungan nasab

  1. Ibu 
  2. Anak 
  3. Saudara-saudara perempuan  
  4. Emak saudara sebelah bapa  
  5. Emak saudara sebelah ibu  
  6. Anak abang  
  7. Anak kakak @ anak adik perempuan  

: 2 : Haram disebabkan hubungan susuan.

  1. Ibu susuan 
  2. Saudara susuan

: 3 :  Haram disebabkan hubungan perkahwinan.

  1. Ibu mertua ( ibu isteri )
  2. Anak tiri yang dalam jagaan dari isteri yang telah dicampuri (  disetubuhi )
  3. Menantu.


KATOGERI KEDUA

HARAM BERKAHWIN BUAT SEMENTARA WAKTU iaitu

  1. mengahwini dua beradik dalam satu masa.
  2. mengahwini perempuan yang masih menjadi isteri orang


: : Sila rujuk Surah an Nisa' ayat 23 - 24.

Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah

🍏🌹🍎🌻🍇🍑🍊

Rabu, Julai 15, 2015

PUASA SUNAT ENAM SYAWAL




















Maksudnya
" Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia mengiringinya enam hari di bulan Syawal maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun."

Hadith ini telah diriwayatkan melalui tiga jalan. Hadith yang mencapai status hadith Mutawatir ini turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud dan Imam At Tirmizi selain daripada Imam Muslim.

Imam Abu Hanifa, Imam Syafie, Imam Abu Daud dan Imam Ahmad sepakat mengatakan hukum puasa enam Syawal ini adalah SUNAT  - ( Taudhih alHakam Jld 3 ms 533 )

Adapun Imam Malik dan sebahagian daripada Mazhab Hanafi  menganggap hukumnya adalah MAKRUH

PERMULAAN PUASA

Puasa Sunat Enam Syawal dimulakan pada hariraya kedua ( 2 Syawal ). Ini adalah kerana tarikh 1 Syawal merupakan hariraya AidilFitri dan kita diharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dari Abu Said AlKhudri berkata " Rasulullah melarang berpuasa pada dua hariraya iaitu hariraya Aidil Fitri dan Hariraya Aidil Adha ".  Dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya . Hadith no. 1991 ( Kitab As Saum - Bab  berpuasa pada Aidil Fitri.


MENDAHULUKAN PUASA SUNAT SYAWAL DARI PUASA QADHA'

Ulamak Feqah berselisih pendapat dalam menentukan yang mana satu lebih afdal dilakukan.

: :  PENDAPAT PERTAMA

Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal terlebih dahulu kemudian barulah  mengqadha'kan  puasa Ramadhan. Merupakan pendapat Imam Abu Hanifah


Pendapat ini berdasarkan kepada tindakan Saidatina Aisyah Ummul Mukminin yang mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadha'nya hingga ke bulan Sya'ban  yang akan datang.

















Maksudnya,
Aisyah berkata " Aku memiliki hutang puasa Ramadhan , Aku tidak mampu mengqadha'nya kecuali bulan Sya'ban ( akan datang ) kerana sibuk ( melayani ) Rasulullah s.a.w. .

Hadith no. 1146 ini dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya . Kitab As Siyam.( bab mengqadha' puasa Ramadhan pada bulan Syawal )

Ianya menunjukkan bahawa boleh berpuasa sunat enam Syawal meskipun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Menurut Imam Abu Hanifah
" Kewajipan mengqadha' Puasa Ramadhan adalah secara bertangguh dan tidak disyaratkan Qadha' terus apabila boleh melakukannya.


:  : PENDAPAT KEDUA 

Wajib laksanakan Puasa Qadha' Ramadhan terlebih dahulu sebelum melakukan puasa sunat enam Syawal. Ini berdasarkan kepada hadith dibawah.

















Maksudnya
" Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia mengiringinya enam hari di bulan Syawal maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun."

Dalam hadith di atas, Rasulullah s.a.w mensyaratkan berpuasa Ramadhan terlebih dahulu kemudian diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal. Ini menunjukkan bahawa Puasa Sunat Enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya.

Jika ada puasa Ramadhan yang ditinggalkan maka seseorang itu perlu mengqadha'nya terlebih dahulu. Pendapat ini merupakan pendapat Imam Nawawi,  Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad dan Jumhur Salaf dan Khalaf.

















KESIMPULAN

Setelah diteliti maka pendapat yang lebih kuat adalah pendapat yang  kedua  berdasarkan kepada fakta fakta dibawah

  • Hadith Qudsi yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya

Maksudnya 
Dan tidaklah hampir kepadaKu hambaKu dengan apa juapun  maka yang lebih Aku sukai adalah mereka yang melaksanakan amalan Fardhu  / Wajib  ke atas mereka dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan Sunat sehinggalah Aku kasih kepadanya.
HR Al Bukhari

  • Puasa Qadha' adalah puasa WAJIB dan merupakan " hutang Ibadah kepada Allah " berbanding puasa Enam Hari Syawal yang hanyalah sebagai tambahan pahala..

  • Menurut Imam Nawawi " Hujjah pendapat pertama adalah lemah dan bertentangan dengan hadit h " seperti berpuasa sepanjang tahun".- Lihat Syrah An Nawawi 'ala Muslim 8/56.

    PENGGABUNGAN DUA NIAT PUASA     

Menurut Prof. Dr. Sheikh Abdul Malik as Sa'dy ( Lajnah Fatwa Iraq ) dan Prof. Muhammad 'Uqlah el Ibrahim ( Lajnah Fatwa Jordan ) berpendapat bahawa....

"amalan wajib TIDAK boleh digabungkan dengan apa apa amalan wajib atau sunat lain kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus tidak berbelah bahagi semasa perlaksanaannya."


"Justeru itu tindakan penggabungan ini sudah pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka." 

Tindakan Saidatina Aisyah r.a yang melewatkan puasa Qadha' pula boleh dijadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan antara puasa Qadha' dan puasa sunat enam Syawal.


   FATWA IMAM SYAFIE  

Imam Syafie telah berkata;

" Jika  seseorang itu mengqadha' puasa Ramadhan di hari hari yang disunatkan berpuasa  ( seperti puasa Isnin Khamis, puasa 9 dan 10 Muharam, Puasa enam Syawal dan sebagainya ) maka pahala puasa sunat itu akan menyusul meskipun ianya ( puasa sunat tersebut ) tidak dilakukan ".

Imam Syafie telah berpegang dengan hadith dibawah ini sebagai sandarannya.




















Maksudnya- Apabila kita tidak dapat melakukan puasa sunat disebabkan kita sakit atau kita mengqadha'kan puasa yang wajib pada hari ptersebut maka ganjaran pahala puasa sunat yang tidak dapat kita lakukan itu akan ditulis sebagai pahala sunat untuk kita.

Disini tidak wujud sama sekali penggabungan niat kerana niat asal kita adalah QADHA' puasa Ramadhan sahaja. Menurut Imam Syafie lagi.. Bila kita dah lakukan puasa yang wajib pada hari yang disunatkan puasa maka pahala puasa sunat itu akan menyusul.

Perlu dijelaskan bahawa Imam Syafie merupakan  seorang yang berpegang kepada pendapat kedua iaitu Tunaikan Puasa Qadha' terlebih dahulu  kerana puasa Qadha' itu adalah hutang ibadah kepada Allah yang perlu dibayar.

Akhir sekali marilah kita sama sama renung dan cuba renung dan fahami hadith ini yang menjadi pegangan oleh Imam Syafie .

" Apabila seseorang itu
melakukan Puasa Qadha;
( dengan niat Puasa Qadha' @ satu niat sahaja )
 di hari hari yang disunatkan puasa
 MAKA pahala puasa Sunat
hari tersebut tetap dikira
walaupun puasa sunat tersebut
 tidak dilakukan.

والله اعلم