Jumaat, November 30, 2018

ISLAM ADALAH ADDEN



 💖 Firman Allah 

  إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّـهِ الْإِسْلَامُ ﴿١٩﴾ آل عمران

Maksudnya
Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. 
Surah Ali Imran ayat 19

Dalam ayat di atas Allah menerangkan bahawa addeen di sisi Allah ialah Islam.

   APA ITU ADDEEN 

Addeen adalah agama dan cara hidup. Berbeza dengan kalimah millah ( مِلَّة ). Millah adalah cara hidup semata mata tanpa agama sebagai mana firman Allah

 💖 Firman Allah 

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمٍْۗ ﴿١٢٠﴾ البقرة

Maksudnya
Sekali-kali tidak akan redho Orang-orang Yahudi dan Nasrani kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut cara hidup mereka
Surah al Baqarah ayat 120

Islam adalah addeen yang Allah ikhtiraf dan redhai.

 💖 Firman Allah 

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Maksudnya
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redha Islam itu sebagai agama untuk kamu.
Surah alMaidah ayat 3

Barang siapa yang mencari agama lain selain Islam maka Allah tak terima

 💖 Firman Allah 

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿ ٨٥ ﴾ ال عمران

Maksudnya
Dan barang siapa yang mencari agama lain selain Islam maka sekali kali tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari orang - orang yang rugi.
Surah Ali Imran ayat 85

Islam agama yang menyeru umat manusia menyembah Allah dan meninggalkan Toghut.

Untuk ini maka Allah utuskan pada setiap umat seorang Rasul.

 💖 Firman Allah 

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ َ ﴿٣٦﴾النحل

Maksudnya
Dan sesungguhnya Kami telah utuskan setiap umat seorang Rasul dengan menyeru mereka Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut".
Surah an Nahlu ayat 36

 💖 Firman Allah 

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَق لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ِّ ﴿ ٣٣﴾ التوبة

Maksudnya
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan Petunjuk dan agama yang benar ( Islam) supaya ia menzahirkannya atas segala agama selainnya.
Surah at Taubah ayat 33

Oleh yang demikian Allah berpesan

 💖 Firman Allah 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْم كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ  إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ﴿٢٠٨﴾ البقرة

Maksudnya
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam itu keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Surah alBaqarah ayat 208

Mengambil Islam sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain adalah termasuk mengikut jejak langkah Syaitan.

Akhir sekali
Sebagai seorang yang beriman, Marilah kita bersama sahut seruan Allah ini

 💖 Firman Allah 

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ  إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾ آل عمران

Maksudnya
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Surah Ali Imran ayat 102



Ahad, April 22, 2018

SENTUH PEREMPUAN ... BATAL ATAU TIDAK WUDHUK ?


Isu batal air sembahyang bila menyentuh perempuan bukanlah satu isu yang baru dan ia sentiasa dibahaskan. Ulamak berselisih pendapat samada batal atau tidak.

Berdasarkan kepada ayat di bawah masing masing mengeluarkan hujjah masing masing

 : : Firman Allah 

وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا - المائدة: ٦

Maksudnya
dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu  ***  perempuan sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk / mandi) maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih....
Surah al Maidah ayat 6

➯  PENDAPAT IMAM ABU HANIFA  

Imam Abu Hanifa menyatakan bahawa TIDAK BATAL wudhuk melainkan dengan bersetubuh.

Ini adalah kerana Kalimah لَامَسْتُمُ  dalam ayat di atas bermaksud bersetubuh.

➯ PENDAPAT IMAM SYAFIE  

Sebaliknya Imam Syafie berpendapat batal wudhuk jika menyentuh perempuan samada sengaja ataupun tidak sengaja.  Hujjah Imam Syafie adalah seperti dibawah ini

 Pertama

Ada riwayat lain yang membaca kalimah لَامَسْتُمُ  dengan bacaan  لَمَسْتُمُ   yang membawa maksud  menyentuh.

Kedua

Zina adalah satu perbuatan yang terkutuk dan dilarang.

 : : Firman Allah 

 وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَىٰ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
 الإسراء:  ٣٢

Maksudnya
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk buruk jalan.
Surah al Isra´  ayat 22

Dalam ayat di atas Allah melarang kita menghampiri zina.

Maknanya sebelum berlakunya zina, Allah telah memagarnya dengan perkara perkara yang menyumbang kepada zina itu.

Dalam konteks ini, Imam Syafie telah memagarnya dengan sentuhan yang boleh membawa kepada sentuhan yang besar itu.

Imam Syafie telah menjadikan nas diatas sebagai hujjah BATAL WUDHUK jika menyentuh perempuan.

➯ PENDAPAT IMAM AHMAD  

Imam Ahmad berpendapat Batal wudhuk jika sentuhan itu menimbulkan syahwat.

Ini adalah berdasarkan kepada hadith Aisyah r.a. yang menceritakan bahawa diia terpegang kaki Rasulullah yang sedang solat.

Seandainya batal wudhuk sudah pastilah Nabi berhenti dari solatnya.

Hasil dari perbincangan du atas dapat disimpulkan bahawa....

  1. Tidak Batal wudhuk melainkan sentuhan itu diikuti dengan syahwat ataupun dengan bersetubuh.
  2. Pendapat Imam Syafie adalah sebagai langkah waspada sebelum berlakunya sentuhan yang besar itu.
  3. Jika kita kembali kepada dalil yang dibawa, maka tidak timbul isu untuk mengikut mana mana pendapat  Imam imam di atas.
  4. Dari perlakuan Aisyah menyentuh Rasulullah yang sedang solat menunjukkan tidak batal wudhuk jika si Isteri bersalaman atau memegang tangan suaminya. 


Rabu, Januari 24, 2018

SOLAT ISTIKHARAH



Solat istikharah adalah solat mohon petunjuk.
Ianya merupakan medan untuk kita bertanya dan mendapatkan satu jawapan yang terbaik daripada Allah.

Solat istikharah ini untuk semua urusan tidak kiralah ianya berkaitan dengan jodoh, pekerjaan, pemberian nama dan sebagainya.

Justeru itu .....
Seandainya di antara kita berkeinginan melakukan sesuatu maka disunatkan mengerjakan solat dua rakaat Solat Istikharah kemudian hendaklah ia membaca doa ini"

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُك َبِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُك مِنْ فَضْلِك الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّم ُالْغُيُوبِ

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjukMu dengan ilmuM, aku memohon ketetapanMu dengan kudratMu, aku memohon kurniaanMu yang agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa, Engkau Maha mengetahui sedangkan aku tidak dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib"


اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِی فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ

"Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan ) lebih baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku maka tetapkanlah ia bagiku dan permudahkanlah ia untukku Kemudian berkatilah aku padanya"


وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِی فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.

"Jika Engkau mengetahui bahawa 5urusan ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku maka jauhkanlah ianya dariku dan jauhkan aku darinya serta tetapkanlah kebaikan itu bagiku di manapun ia berada. Kemudian redhailah aku"

 : : Catatan  

lmu yang ada pada kita adalah amat terbatas. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kita di masa hadapan dan kita tidak tahu samada nama yang kita berikan kepada anak cucu kita itu sesuai atau tidak dengan empunya diri....