Selasa, Oktober 15, 2019

SUJUD TILAWAH


Tilawah bermaksud Membaca. Sujud Tilawah adalah sujud yang dilakukan kerana membaca atau mendengar ayat-ayat sajdah.

Dalil Sujud Tilawah

كَانَ النَّبِيُّ ‏ ‏ﷺ ‏ ‏يَقْرَأُ عَلَيْنَا السُّورَةَ فِيهَا السَّجْدَةُ فَيَسْجُدُ وَنَسْجُدُ 

Maksudnya
Rasullulah ﷺ membacakan kami suatu surah, kemudian Baginda ﷺ sujud, kami pun ikut bersujud.
HR : al Bukhari

Rasulullah ﷺ bersabda

 إِذَا قَرَأَ ابْنُ آدَمَ السَّجْدَةَ فَسَجَدَ ، اعْتَزَلَ الشَّيْطَانُ يَبْكِي يَقُولُ : يَا وَيْلَه

Maksudnya
Jika anak Adam membaca ayat sajdah, lalu dia bersujud, maka Syaitan akan menjauhinya sambil menangis lalu berkata; “Celakalah Dia”

Dalam Riwayat Abu Kuraib,
Rasulullah ﷺ bersabda

يَا وَيْلِي أُمِرَ ابْنُ آدَمَ بِالسُّجُودِ فَسَجَدَ فَلَهُ الْجَنَّةُ ، وَأُمِرْتُ بِالسُّجُودِ فَأَبَيْتُ فَلِيَ النَّارُ

Maksudnya
Celakalah Aku. Anak Adam disuruh sujud, dia pun sujud, maka baginya syurga. Adapun aku disuruh sujud, aku enggan, maka bagiku neraka
HR : Muslim dari Abu Hurirah


💜💛💖💖💖💚💙
AYAT AYAT SAJDAH (SUJUD)
💜💛💖💖💖💚💙

Di dalam Al-Quran terdapat 15 tempat ayat-ayat sajdah iaitu:
  1. Surah al A’raf ayat 206 
  2. Surah ar Ra’d ayat 15
  3. Surah an Nahlu ayat 50
  4. Surah al Isra’ ayat 109
  5. Surah Maryam ayat 58
  6. Surah al Hajj ayat 18
  7. Surah al Hajj Ayat 77
  8. Surah al Furqaan) Ayat 60
  9. Surah al Naml ayat 26
  10. Surah as Sajadah Ayat 15
  11. Surah Sod ayat 24*
  12. Surah Fussilat ayat 38
  13. Surah an Najm ayat 62
  14. Surah al Insyiqaq ayat 21
  15. Surah al ‘Alaq ayat 19

Menurut mazhab Syafie dan Hanbali bahawa bacaan Surah Sod ayat 24 tidak termasuk dalam ayat sajdah tetapi ianya disunatkan sujud sebagai  ‘Sujud Syukur’.


Catatan

Di penghujung ayat akan tertera tanda “kubah masjid” ataupun ditulis perkataan “ سجدة ”


💙💚💖💖💖💛💜
HUKUM SUJUD TILAWAH
💙💚💖💖💖💛💜


Adapun hukum Sujud Tilawah adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang dituntut dan tidak berdosa jika meninggalkannya.

Ini berdasarkan kepada hadith dari Saidina Umar

أنه قرأ السجدة التي في سورة النحل على المنبر، فنزل وسجد، ثم قرأها في الجمعة الأخـرى فلم يسجد،  

Maksudnya
Sesungguhnya Rasulullah ﷺ membaca ayat Sajdah pada Surah an Nahlu di atas mimbar lalu Baginda ﷺ pun sujud. Kemudian pada Jumaat yang lain Baginda ﷺ membacanya (Surah anNahlu)  tetapi Nabi ﷺ tidak sujud

kemudian Rasulullah ﷺ bersabda

إن الله لم يفرض علينا السجود إلا أن نشاء

Maksudnya
Sesungguhnya Allah tidak mewajibkannya atas kita melainkan jika kita mahu
HR : al Bukhari bab 10 (1077)

Begitu juga dengan hadith dari Zaid bin Tsabit yang tidak sujud ketika beliau membaca ayat Sajdah Surah an Najm di hadapan Rasulullah ﷺ .

Jika ianya wajib, sudah pastilah Baginda ﷺ menyuruhnya sujud.
HR : al Bukhari (1072) dan Muslim 106 (577)

💙💚💖💖💖💛💜
CARA CARA MELAKUKAN SUJUD TILAWAH
💙💚💖💖💖💛💜

Sujud Tilawah boleh dilakukan dalam dua cara iaitu di dalam Solat dan di luar Solat


PERTAMA
💙💚💖💛💜
SUJUD TILAWAH DI DALAM SOLAT

Apabila selesai membaca ayat alQuran yang disunatkan sujud  padanya, maka disunatkan terus sujud dan membaca tasbih sujud Tilawah.

Bacaan tasbih adalah seperti berikut:



Seterusnya...
kembali berdiri tanpa perlu mengangkat tangan dan meneruskan sambungan bacaan ayat alQuran tadi.


KEDUA
💙💚💖💛💜
SUJUD TILAWAH DI LUAR SOLAT 

Angkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud dan membaca tasbih sujud tilawah..

Kemudian kembali duduk dan memberi salam.

Menurut Imam Al-Qalyubiy bahawa Sujud Tilawah atau Sujud Syukur  boleh digantikan dengan ucapan:

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ 
وَاللهُ اَكْبَرُ

Dibaca sebanyak empat kali kerana ia boleh menggantikan tempat tahiyatul masjid.
(Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 1136)


💙💚💖💛💜
SUJUD SAJADAH
💙💚💖💛💜

Sujud Sajadah merupakan sujud sunat “khas” yang dilakukan pada Solat Subuh pagi Jumaat.

Dinamakan Sujud Sajadah mungkin disebabkan bacaan Surah as Sajadah pada sujud tersebut.

Tidak seperti Sujud Tilawah, Sujud Sajadah hanya dilakukan di dalam SOLAT SAHAJA iaitu pada Solat Subuh Hari Jumaat.

Pada dasarnya Sujud Sajadah itulah dia Sujud Tilawah, tinggal lagi Sujud Sajadah dilakukan pada waktu dan hari yang tertentu sahaja.


💙💚💖💖💖💛💜
SYARAT SYARAT SUJUD TILAWAH
💙💚💖💖💖💛💜

  • Dalam keadaan suci (suci badan, pakaian dan tempat sujud).
  • Menutup aurat.
  • Menghadap kiblat 
  • Setelah membaca atau mendengar ayat sajdah.
Sekiranya sujud Sajadah / Sujud tilawah dilakukan dalam solat jamaah, makmum WAJIB ikut Imam sujud. Jika tidak maka solatnya BATAL.

Menurut Imam as Syaukani
Tidak ada satu hadith pun yang mensyaratkan orang yang Sujud Tilawah itu berwudhuk

والله اعلم
💙💚💖💛💜💙💚💖💛💜

Rujukan


💙💚💖💛💜💙💚💖💛💜