Jumaat, Mac 27, 2020

DOA QUNUT



Doa qunut adalah doa yang memohon kepada Allah agar Ia memberikan petunjuk dan hidayahNya serta kesihatan, kesejahteraan, keberkatan dan keselamatan.

Membaca Doa qunut adalah termasuk di dalam perkara-perkara sunat ab’adh di dalam solat mengikut mazhab Syafi’e.

Ia dibaca selepas bangun daripada ruku’ rakaat kedua solat Subuh dan rakaat terakhir solat Witir pada separuh kedua bulan Ramadhan.

Selain daripada itu, ia juga dibaca pada rakaat terakhir dalam mana-mana solat bagi qunut Nazilah.
[Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 89]

HUKUM MEMBACA DOA QUNUT

Menurut Imam Syafi’e
Hukum membaca doa Qunut dalam solat Subuh adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan.

Jika tertinggal ataupun terlupa membacanya, maka disunatkan untuk melakukan SUJUD SAHWI.

SEJARAH BERMULANYA DOA QUNUT

Rasulullah ﷺ telah didatangi satu rombongan kablah orang-orang Arab Badwi mohon dihantarkan guru guru yang boleh mengajar mereka Al-Quran dan Sunnah.

Maka Nabi ﷺ mengutuskan seramai 70 orang penghafal alQuran kepada mereka.

Ketika Bagnda ﷺ sedang solat Subuh, Jibril datang memberi tahu bahawa kesemua 70 orang penghafal AlQuran itu telah dibunuh oleh rombongan tersebut.

Atas sifat kemanusiaan, Baginda ﷺ telah berqunut mohon Allah timpakan kecelakaan ke atas mereka yang bertanggung jawab sehinggalah turunnya ayat Surah Ali Imran ayat 128.

 💚 Firman Allah 

لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ ﴿١٢٨﴾ ال عمران

Maksudnya
Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan itu, samada dia menerima taubat mereka ataupun Ia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.
Surah Ali Imran ayat 128

Setelah turunnya ayat ini,  Rasulullah ﷺ tidak lagi memasukkan unsur laknat dalam qunut Baginda akan tetapi Baginda ﷺ telah menggantikannya dengan bacaan qunut ini.


PANDANGAN IMAM IMAM MAZHAB TENTANG QUNUT

Isu Doa Qunut bukanlah satu isu baru. Ia merupakan isu silam yang telah dibahaskan secara panjang lebar oleh Imam imam mazhab yang muktabar dan hasilnya adalah seperti berikut.

PENDAPAT IMAM ABU HANIFAH

Imam Abu Hanifah berijtihad bahawa Qunut tidak disyariatkan berdasarkan kepada hadith di bawah ini

Abu Malik al Asyja’i telah bertanya kepada bapanya

Wahai ayahku Sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah Abu Bakar Umar Uthman dan di kufah bersama Ali adakah mereka semua berqunut?

Maka Bapaku berkata

وكانوا لا يقنتون فى الفجر، ثم قال: يا بنى، محدث

Maksudnya
Mereka tidak berqunut pada solat Subuh kemudian ia berkata Wahai anakku ianya adalah Bid’ah
HR : an Nasa’ie dan at Tirmizi (hadith Sahih)

 ❐ Teks Hadith, Sila klik di sini 

.
PENDAPAT IMAM SYAFI’E DAN IMAM MALIK

Sungguhpun ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ telah berhenti dari berqunut dan dikuatkan lagi dengan hadith Abu Malik al Asyja’i mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ dan Sahabat tidak berqnut namun dalam masa yang sama Baginda ﷺ sendiri tidak pernah menegah atau melarang malah Baginda ﷺ mendiamkan sahaja sahabat sahabat Baginda ﷺ berqunut.

Mereka telah menjadikan hadith Anas bin Malik yang mengatakan bahawa Baginda ﷺ berqunut sehingga wafat sebagai hujjah mereka.

Dari Anas bin Malik RA:

مَا زَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺَ يَقْنُتُ فِي الْفَجْرِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا

Maksudnya
Rasulullah ﷺ berterusan qunut di dalam solat subuh sehingga Baginda ﷺ berpisah daripada dunia (wafat).”
HR : Ahmad (12657)

 ❐ Teks Hadith, Sila klik di sini 

Dengan ini maka Imam Syafi’e dan Imam Malik menyimpulkan bahawa hukum berqunut adalah sunat muakkadah dan diperintahkan Sujud Sahwi jika meninggalkannya .



PENDAPAT IMAM AHMAD BIN HANBAL

Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan tidak ada Qunut melainkan Qunut Nazilah sahaja yang hanya dibaca ketika ditimpa sesuatu musibah.

Beliau menjadikan hadith di bawah ini sebagai hujjah.

Hadith Anas bin Malik

أن النبى ﷺ قنت شهراً فى صلاة الصبح يدعو علی أحياء من أحياء العرب علَى رِعْلٍ، وذَكْوَانَ، وعُصَيَّةَ، وبَنِي لِحْيَانَ 

Maksudnya
Rasulullah ﷺ telah berqunu selama satu bulan pada Solat Subuh mendoakan kecelakaan atas puak Arab Ri’il, Zakwan, Usaiyyah dan Bani Lihyan
HR : al Bukhari (4090)

 ❐ Teks Hadith, Sila klik di sini 

MERAIKAN PERBEZAAN MAZHAB 

Imam Syafi’e pernah tidak membaca Qunut ketika beliau menjadi imam kepada jamaah yang bermazhab Hanafi di Kufah.

Apabila ditanya kenapa beliau tidak Qunut Imam Syafi’e berkata bahawa beliau meraikan jamaah nazhab Hanafi yang tidak berqunut.

Begitu juga dengan Imam Ahmad berqunut ketika mengimamkan jamaah yang bermazhab Syafi’e sedangkan beliau mengatakan tiada Qunut melainkan Qunut Nazilah.

Seandainya Imam imam ini boleh memberi contoh yang baik, kenapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama?

Justeru itu kenapa kita mesti berbalah dalam isu Qunut ini?.

SOLAT SUBUH TETAP SAH sekalipun Anda tidak membaca Doa Qunut.


Maka fikir fikirkanlah

والله أعلم

💙💚💖💛💜