Selasa, Jun 11, 2019

MAKKIYAH DAN MADANIYAH


Jika kita membaca AlQur'an samada kita sedar atau tidak, kita pasti akan bertemu dengan kalimah-kalimah seperti Makkiyah dan Madaniyah

Berdasarkan kepada kalimah Makkiyah dan Madaniyah boleh dikatakan Surah Makkiyah ini adalah surah-surah yang diturunkan di Mekah dan Surah Madaniyah adalah surah-surah yang diturunkan di Madinah. 


Pendapat ini mungkin ada benarnya namun ada pendapat lain yang menolak pendapat yang pertama ini.

Pendapat yang kedua mengatakan bahawa 

  • Surah Makkiyah adalah surah - surah yang diturunkan sebelum hijranya Rasulullah ke Madinah. . 
  • Surah Madaniyah adalah surah-surah yang diturunkan semasa dan selepas Nabi berhijrah ke Madinah.
Pendapat ini berdasarkan kepada penurunan Surah An Nasr ( النصر )

Surah ini telah diturunkan di Mekah (Hudaibiyah) namun ia dikatogerikan sebagai Surah Madaniyah kerana surah ini diturunkan selepas peristiwa hijrahnya Rasul ke Madinah.




CIRI CIRI SURAH MAKKIYAH 
  • Mengajak manusia agar mentauhidkan diri kepada Allah serta menjauhkan daripada segala bentuk penyembahan selain dariNya, 
  • Menceritakan perihal Syurga dan Neraka serta nikmat-nikmat Allah kurniakan yang tidak terhitung banyaknya.
  • Menceritakan tentang kisah perjuangan Para Nabi sebelum Nabi Muhamad s.a.w. seperti yang terdapat di dalam Surah Yunus, Surah Hud, Surah Yusuf, Surah Ibrahim dan sebagainya.

Adapun Surah Madaniyah pula menceritakan tentang 
  • Jihad fi Sabilillah
  • Hukum hakam dalam sistem Perundangan dan Kekeluargaan Islam.
  • Persaudaraan di dalam Islam 
  • Cara berhadapan dengan golongan Munafik dan Yahudi di Madinah. 
  • Cara pemakaian dalam Islam 
  • Hukum Hudud bagi kesalahan Zina, Fitnah serta mencuri

Surah Madaniyah tidak menyentuh langsung tentang soal aqidah kerana keimanan Para Sahabat telahpun mantap dan tidak perlu lagi kepada ayat-ayat yang menceritakan tentang pembersihan aqidah.

BILANGAN SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYYAH 

Surah Makkiyah   ada 86 surah
Surah Madaniyah ada 28 Surah

Mengenali Surah-surah Makkiyah dan Madaniyah, Sila Klik di Sini

والله اعلم

💙💚💛💜💖💖💙💚💛💜

Jumaat, Jun 07, 2019

PUASA SUNAT ENAM SYAWAL


Ibadah puasa adalah satu amalan mulia yang dituntut di dalam Islam.

Selain daripada berpuasa di bulan Ramadhan, kita juga dianjur supaya melakukan puasa puasa sunat di luar bulan Ramadhan seperti puasa enam hari di bulan Syawal.

💙 Sabda Rasulullah

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya
Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya enam hari di bulan Syawal maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun.

Hadith yang berstatus Mutawatir ini telah diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, at Tirmizi, an Nasaie dan Ibnu Majah dari Abu Ayyub al Ansari r.a. (1)

Hadith ini juga turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

HUKUM BERPUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL 

Imam Abu Hanifa, Imam Syafie, Imam Abu Daud dan Imam Ahmad sepakat mengatakan hukumnya adalah SUNAT
(Taudhih alHakam Jld 3 ms 533)

Adapun Imam Malik dan sebahagian daripada Mazhab Hanafi menganggap hukumnya adalah MAKRUH

Puasa Sunat Enam Syawal bermula pada hari raya kedua. Ini adalah kerana tarikh 1 Syawal merupakan hari raya Aidil Fitri dan kita diharamkan berpuasa pada hari tersebut.

💙 Dari Abu Said al khudri r.a.

      أَنَّ رَسُولَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ، يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ - رواه البخاری ومسلم

Maksudnya
Rasulullah melarang berpuasa pada dua hariraya iaitu hari raya Aidil Fitri dan Hariraya Aidil Adha.

HR : al Bukhari (1197) dan Muslim (1138) dari Abu Said al khudri r.a. (2)

MENDAHULUKAN PUASA SUNAT SYAWAL DARI PUASA QADHA' 

Ulamak Feqah berselisih pendapat dalam menentukan yang mana satu lebih afdal dilakukan.

💜💖 PENDAPAT PERTAMA
💚💛

Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal terlebih dahulu kemudian barulah mengqadha'kan puasa Ramadhan.

Pendapat ini berlandaskan kepada tindakan Saidatina Aisyah Ummul Mukminin yang mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadha'nya hingga ke bulan Sya'ban yang akan datang.

💙 Dari Aisyah r. anha

كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَهُ إِلا فِي شَعْبَانَ - رواه البخاري ومسلم

Maksudnya
Aku memiliki hutang puasa Ramadhan, Aku tidak mampu mengqadha'nya kecuali pada bulan Sya'ban kerana sibuk (melayani) Rasulullah s.a.w.

HR : al Bukhari (1950) dan Muslim no. 1146 daripada Aisyah r.a! (3)

Hadith ini menjelaskan kepada kita bahawa boleh berpuasa sunat enam Syawal meskipun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Ianya merupakan pendapat Imam Abu Hanifah

Menurut Imam Abu Hanifah

Kewajipan mengqadha' Puasa Ramadhan adalah secara bertangguh dan tidak disyaratkan Qadha' terus apabila boleh melakukannya.

💚💛 PENDAPAT KEDUA
💜💖 

Wajib laksanakan Puasa Qadha' Ramadhan terlebih dahulu sebelum melakukan puasa sunat enam Syawal.

Ini adalah berdasarkan kepada hadith di bawah.

💙 Sabda Rasulullah

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya
Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia mengiringinya enam hari di bulan Syawal maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun."

HR : Muslim, Abu Daud, at Tirmizi,  an Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad dari Abu Ayyub al Ansori r.a (1)

Dalam hadith di atas, Rasulullah s.a.w mensyaratkan berpuasa Ramadhan terlebih dahulu kemudian diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal.

Ini menunjukkan bahawa Puasa Sunat Enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu membayar hutang puasa wajibnya.

Pendapat ini merupakan pendapat Imam Nawawi,  Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad dan Jumhur Salaf dan Khalaf.


FATWA IMAM SYAFIE
  💚💛💖💜💙💚💛💖

Jika seseorang itu 
mengqadha' puasa Ramadhan 
di hari hari yang disunatkan berpuasa maka pahala puasa sunat itu akan menyusul meskipun ianya tidak dilakukan

💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙

Imam Syafie telah menjadikan hadith dibawah ini sebagai sandaran.




Dalam erti kata lain :
Apabila kita tidak dapat melakukan puasa sunat disebabkan sakit atau kita mengqadha'kan puasa yang wajib pada hari hari yang disunatkan berpuasa maka ganjaran pahala puasa sunat yang tidak dapat kita lakukan itu akan ditulis sebagai pahala sunat untuk kita.

Di sini tidak wujud sama sekali istilah penggabungan niat antara WAJIB dan SUNAT.

Apa yang berlaku adalah

  • Kita berniat untuk melakukan puasa QADHA´  sahaja namun...
  • Kita dapat bonus pahala puasa sunat disebabkan puasa Qadha´   kita itu dilakukan pada hari hari yang disunatkan berpuasa.

💚💛💖💖💜💙💚💛💖💖💜💙

KESIMPULAN
💚💛💖💖💜💙

Setelah diteliti maka pendapat yang lebih kuat adalah pendapat yang kedua berdasarkan kepada fakta fakta di bawah

💚💛  PERTAMA
💜

Hadith Qudsi yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya

💙 Sabda Rasulullah

Dan tidaklah hampir kepadaKu hambaKu dengan apa juapun maka yang lebih Aku sukai adalah mereka yang melaksanakan amalan Fardhu ke atas mereka dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan Sunat sehinggalah Aku kasih kepadanya.
HR Al Bukhari

💚💛  KEDUA
💖

Puasa Qadha' adalah puasa WAJIB dan merupakan hutang Ibadah kepada Allah. Adapun puasa Enam Syawal hanyalah sebagai tambahan pahala.  

💚💛  KETIGA
💖

Menurut Imam Nawawi " Hujjah pendapat pertama adalah lemah dan bertentangan dengan hadith seperti berpuasa sepanjang tahun"
Lihat Syarah An Nawawi 'ala Muslim 8/56.

💚💛  KEEMPAT
💖

Tindakan Saidatina Aisyah r.a yang melewatkan puasa Qadha' boleh dijadikan hujjah bahawa amalan Sunat dan Wajib sama sekali tidak boleh digabungkan.

والله اعلم 

💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙

Rujukan Hadith

  1. Hadith Puasa Sunaat Enam Syawal 
  2. Hadith Larangan berpuasa pada dua hari raya
  3. Hadith melewatkan Puasa Qadha´

💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙