Ahad, Mac 29, 2015

SELAWAT TAFRIJIAH DAN SELAWAT FATEH





Maksudnya

" Ya Allah ! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berikanlah kesejahteraan yang sempurna kepada Junjungan kami Muhammad yang menjadi sebab terungkainya segala kebuntuan , terbukanya segala kesempitanserta ditunaikan dengannya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah ( sempurna akhir hayat ) dan disirami mendung hujan lantaran keagungan Baginda.

Dan limpahkan rahmat dan salam kepada Keluarga Baginda dan paear sahabat pada setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui olehMu, Wahai Zat yang Menguasai Seluruh alam"



Maksudnya

" Ya Allah ! rahmatilah ke atas Penghulu kami yang membuka apa yang tertutup ( terkunci } Yang menutup ( menamatkan ) apa yang berlalu dan Yang menolong kebenaran dengan dengan kebenaran dan Yang menunjukkan kepada jalanMu yang lurus dan  ( Limpahkan rahmat dan salam ) ke atas ahli ( keluarga )nya serta para sahabat yang mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi lagiagung "


Daripada maksud kedua dua selawat ini dapat disimpulkan bahawa kedua dua selawat ini mempunyai banyak kelebihan antaranya

  1. Merungkai segala kebuntuan dan kesempitan hidup
  2. Tercapainya semua hajat 
  3. Memperoleh Kesudahan akhir hayat yang baik 
  4. Dihujani limpahan rezeki yang melimpah ruah
  5. Dihindarkan dari perasaan sedih dan dukacita
  6. Dimudahkan segala urusan
  7. Ditunjukkan kepada jalanyang lurus
Tiada had bilangan. Anda boleh membacanya sebanyak 11 kali, 41 kali,  44 kali, 100 kali, 313 kali ataupun 4,444 kali mengikut besar kecilnya sesuatu hajat.

Wallahu a'lam

Isnin, Mac 16, 2015

SOLAT SUNAT DHUHA


Solat Dhuha adalah silat sunat yang digalakkan. Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.

Dari Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaKu akan tiga perkara iaitu Berpuasa tiga hari pada setiap bulan,Mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan Menunaikan solat witir sebelum tidur Hadith Riwayat Bukhari Muslim


Daripada Abu Dzar, Rasulullah bersabda "Hendaklah masing masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang tubuhmu. maka setiap kali bacaan Tasbih adalah sedekah, Setiap Tahmid adalah sedekah, Setiap Tahlil adalah sedekah, Setiap Takbir adalah sedekah,Menyuruh kebaika  adalah sedekah,  Mencegah keburukan adalah sedekah dan sebagai ganti itu semua cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha".  Hadith Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud )




WAKTU SOLAT DHUHA

Waktu solat Dhuha bermula pada waktu matahari sedang naik iaitu 28 minit selepas waktu Syuruk (wajtu terbitnya matahari ) Wakyi paling afdal melakukan solat Dhuha adalah anggaran matahari naik tinggi segalah iaitu sekitar jam 9.30 pagi.








SOLAT DHUHA LEBIH DARIPADA DUA RAKAAT


Kemudian baca TASBIH  dibawah


: : CATATAN

Apabila dibaca tasbih " Ya Wahhab" maka bacaan doa sujud yang terakhir " Hab Li Ya Wahhab ... " boleh dibaca dalam doa solat Dhuha seperti di bawah ini.

DOA SOLAT DHUHA


DAN INI...




DOA SOLA DHUHA