Ahad, Ogos 20, 2017

HAJI IFRAD, HAJI TAMATTUK DAN HAJI QIRAN


Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima. Hukum mengerjakannya adalah wajib bagi yang berkemampuan.

 :  :  Firman Allah  

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّـهِ ِ ﴿البقرة: ١٩٦

Maksudnya
Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah
Surah Al Baqarah ayat 196

Haji terbahagi kepada tiga golongan iaitu
 1. Haji Ifrad     2. Haji Tamattu'      3. Haji Qiran  

Hadith daripada Aisyah RA

خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ عَامَ حَجَّةِ الْوَدَاعِ فَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِعُمْرَةٍ وَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِحَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ وَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِالْحَجِّ وَأَهَلَّ رَسُولُ اللَّهِ بِالْحَجِّ فَأَمَّا مَنْ أَهَلَّ بِالْحَجِّ أَوْ جَمَعَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لَمْ يَحِلُّوا حَتَّى كَانَ يَوْمُ النَّحْرِ

'Aisyah RA berkata: "Kami berangkat bersama Nabi SAW pada tahun haji wada' (perpisahan). Diantara kami ada yang berihram untuk umrah, ada yang berihram untuk haji dan umrah dan ada pula yang berihram untuk haji. Sedangkan Rasulullah SAW berihram untuk haji. Adapun orang yang berihram untuk haji atau menggabungkan haji dan umrah maka mereka tidak bertahallul sampai hari nahar (tanggal 10 Dzul Hijjah) ".
HR. Bukhari

 1. Haji Ifrad - ( افراد )   

Melakukan Umrah selepas selesai mengerjakan  ibadah haji.

Haji Ifrad adalah untuk mereka yang berkelangan mengerjakan umrah selepas selesai mengerjakan rukun rukun haji.

Mereka tidak perlu terburu buru mengerjakan umrah dan tidak ada keperluan berbuat demikian.

  2. Haji Tamattu' - ( تمتع  )

Mengerjakan Umrah dalam bulan bulan haji sebelum hari wukuf di Arafah

Haji Tamattu' adalah untuk mereka  yang berkesempatan mengerjakan umrah sebelum hari wukuf  di Arafah dan tidak berpeluang mengerjakannya selepas selesai mengerjakan ibadah haji.

Dalam erti kata lain inilah satu satunya masa baginya mengerjakan ibadah umrah.

 3. Haji Qiran  - ( قران ) 

أَنْ يُحْرِمَ بِعُمْرَةٍ فِي أَشْهُرِ الْحَجِّ ثُمَّ يُدْخِل الْحَجَّ عَلَيْهَا قَبْل الطَّوَافِ

Seseorang berihram dengan umrah pada bulan-bulan haji, kemudian memasukkan haji ke dalamnya sebelum tawaf

Haji Qiran adalah untuk golongan yang  tidak berkesempatan langsung  mengerjakan Umrah samada sebelum ataupun sesudah mengerjakan ibadah haji.

Dalam erti kata lain, itulah hajinya dan itulah juga umrahnya. ( 2 dalam 1)

Disyariatkan kesemuanya ini adalah kerana Allah mengetahui hal keadaan hamba hambaNya. Bayangkan jika disyariatkan Haji Ifrad sahaja, maka bukankah ini akan menyulitkan mereka yang tidak berkesempatan mengerjakan umrah selepas haji.

 :  :  Firman Allah  

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ُ﴿الحج: ٧٨

Maksudnya
Dan Ia tidak menjadikan atas kamu  pada agama itu sempit.
Surah Al Hajj ayat 78

Dam ( denda ) akan dikenakan atas
Untuk Haji Tamattu' dan Haji Qiran iaitu menyembelih seekor kambing.
Sila rujuk QS al Baqarah ayat 196

Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.

BLOG:
www.annajahcemerlang.blogspot.com

Khamis, Ogos 17, 2017

PERBEZAAN ANTARA SUNAT AB'AD DAN SUNAT HAI'AT


Definasi

 :  :  Sunat Ab'ad  
Sunat Ab'ad ialah perkara - perkara sunat yang dilakukan semasa solat . Jika kita terlupa membaca atau melakukan salah satu dari perkara2 tersebut maka disunatkan melakukan sujud sahwi.

 :  :  Sunat Hai'at  
Sunat Haiah pula ialah perkara-perkara sunat semasa solat. Tidak perlu sujud Sahwi jika tertinggal  melakukannya.

Perkara perkara di dalam sunat Ab'ad ada  7 perkara iaitu :

  1. Membaca tasyahud awal  
  2. Duduk tasyahud awal  
  3. Membaca Qunut 
  4. Berdiri semasa berqunut 
  5. Selawat kepada Nabi pada tahiyat awal 
  6. Selawat ke atas keluarga Nabi pada tasyahud akhir 
  7. Selawat dalam doa Qunut 

Catatan

  • Tasyahud awal sama makna dengan tahiyat awal
  • Sujud Sahwi dilakukan sebelum memberi salam berdasarkan pada hadith dibawah 

Dari Abdullah bin Buhainah r.a bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w menjadi imam solat mereka lalu Baginda bangun sesudah rakaat kedua dan tidak duduk tahiyat awal. Orang ramai pun bangun bersama-samanya sehingga apabila Baginda selesai solat dan mereka menunggu salamnya, ia bertakbir lalu sujud dua kali ( sujud sahwi ) sebelum memberi salam, kemudian ia memberi salam ."


  • Andai terlupa juga sujud sahwi, maka tidak membatalkan solat. 


Perkara perkara dalam Sunat Hai'at ada 16 iaitu ...

  1. Mengangkat kedua belah tangan ketika hendak takbiratul ihram, ruku', bangkit dari ruku' dan bangkit dari tasyahud awal.
  2. Telapak tangan kanan berada di atas pergelangan tangan kiri 
  3. Membaca do'a iftitah
  4. Membaca ta'awudz dan Basmallah 
  5. Membaca surah Alquran
  6. Membaca amin 
  7. Menguatkan bacaan Fatihah dan surah pada rakaat pertama dan kedua solat Jumaat, maghrib, isya' dan subuh kecuali kalau dia menjadi ma'mum
  8. Membaca takbir Allahu Akbar 
  9. Membaca tasbih ruku' dan sujud 
  10. Membaca sami'allahu liman hamidah 
  11. Membaca do'a ketika i'tidal 
  12. Meletakan telapak tangan di atas paha ketika tasyahud awal dan akhir 
  13. Duduk iftisary dalam semua duduk solat
  14. Duduk "tawarah" atau bersimpuh pada duduk tasyahud akhir 
  15. Membaca salam yang kedua. 
  16. Memalingkan muka ke kanan dan ke kiri ketika salam pertama dan kedua.


 : : KESIMPULANNYA  

Sunat Ab'ad dan Sunat Hai'at adalah perkara-perkara sunat semasa solat.
Bezaya Sunat Ab'ad kena sujud Sahwi apabila kita meninggalkannya sedangkan Sunat Hai''at tidak perlu.

Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.

BLOG:
www.annajahcemerlang.blogspot.com