Jumaat, Ogos 08, 2014

KEWAJIPAN MENDIRIKAN SOLAT



Dirikan solat walau...
  1. Di manapun anda berada
  2. Apa jua keadaan yang menimpa anda

 : : Firman Allah  

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ ﴿البقرة: ٤٣﴾

Maksudnya
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua bersama-sama orang-orang yang rukuk.
Surah alBaqarah ayat 43




 : : Firman Allah  

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّـهِ إِنَّ اللَّـهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ ﴿البقرة: ١١٠

Maksudnya
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
Surah alBaqarah ayatd 110



 : : Firman Allah  

 إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا ﴿النساء: ١٠٣﴾

Maksudnya
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, ketatapan yang ditentukan waktunya.
Surah an Nisa' ayat 103




Solat juga merupakan elemen paling penting ketika memohon pertolongan Allah.

 : : Firman Allah  

 وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ  ﴿البقرة: ٤٥﴾

Maksudnya
Dan minta tolonglah (kepada Allah) dengan sabar dan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
Surah al Baqarah ayat 45


Dan antara amalan yang mula mula akan ditanya pada hari kiamat adalah solat.

 : : Sabda Rasulullah  

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ

Maksudnya
Sesungguhnya amalan seorang hamba yang mula mula dihitung pada hari kiamat adalah solatnya.

HR Abu Daud ( 864 ), at Tirmizi ( 413 ) dan an Nasai'e ( 465 ) dari Abu Hurairah dan disahihkan oleh albani dalam sahih Sunan at Tirmizi

www.annajahcemerlang.blogspot.com

Tiada ulasan: