Ahad, Ogos 20, 2017
HAJI IFRAD, HAJI TAMATTUK DAN HAJI QIRAN
Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima. Hukum mengerjakannya adalah wajib bagi yang berkemampuan.
: : Firman Allah
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّـهِ ِ ﴿البقرة: ١٩٦
Maksudnya
Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah
Surah Al Baqarah ayat 196
Haji terbahagi kepada tiga golongan iaitu
1. Haji Ifrad 2. Haji Tamattu' 3. Haji Qiran
Hadith daripada Aisyah RA
خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ عَامَ حَجَّةِ الْوَدَاعِ فَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِعُمْرَةٍ وَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِحَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ وَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِالْحَجِّ وَأَهَلَّ رَسُولُ اللَّهِ بِالْحَجِّ فَأَمَّا مَنْ أَهَلَّ بِالْحَجِّ أَوْ جَمَعَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لَمْ يَحِلُّوا حَتَّى كَانَ يَوْمُ النَّحْرِ
'Aisyah RA berkata: "Kami berangkat bersama Nabi SAW pada tahun haji wada' (perpisahan). Diantara kami ada yang berihram untuk umrah, ada yang berihram untuk haji dan umrah dan ada pula yang berihram untuk haji. Sedangkan Rasulullah SAW berihram untuk haji. Adapun orang yang berihram untuk haji atau menggabungkan haji dan umrah maka mereka tidak bertahallul sampai hari nahar (tanggal 10 Dzul Hijjah) ".
HR. Bukhari
1. Haji Ifrad - ( افراد )
Melakukan Umrah selepas selesai mengerjakan ibadah haji.
Haji Ifrad adalah untuk mereka yang berkelangan mengerjakan umrah selepas selesai mengerjakan rukun rukun haji.
Mereka tidak perlu terburu buru mengerjakan umrah dan tidak ada keperluan berbuat demikian.
2. Haji Tamattu' - ( تمتع )
Mengerjakan Umrah dalam bulan bulan haji sebelum hari wukuf di Arafah
Haji Tamattu' adalah untuk mereka yang berkesempatan mengerjakan umrah sebelum hari wukuf di Arafah dan tidak berpeluang mengerjakannya selepas selesai mengerjakan ibadah haji.
Dalam erti kata lain inilah satu satunya masa baginya mengerjakan ibadah umrah.
3. Haji Qiran - ( قران )
أَنْ يُحْرِمَ بِعُمْرَةٍ فِي أَشْهُرِ الْحَجِّ ثُمَّ يُدْخِل الْحَجَّ عَلَيْهَا قَبْل الطَّوَافِ
Seseorang berihram dengan umrah pada bulan-bulan haji, kemudian memasukkan haji ke dalamnya sebelum tawaf
Haji Qiran adalah untuk golongan yang tidak berkesempatan langsung mengerjakan Umrah samada sebelum ataupun sesudah mengerjakan ibadah haji.
Dalam erti kata lain, itulah hajinya dan itulah juga umrahnya. ( 2 dalam 1)
Disyariatkan kesemuanya ini adalah kerana Allah mengetahui hal keadaan hamba hambaNya. Bayangkan jika disyariatkan Haji Ifrad sahaja, maka bukankah ini akan menyulitkan mereka yang tidak berkesempatan mengerjakan umrah selepas haji.
: : Firman Allah
وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ُ﴿الحج: ٧٨
Maksudnya
Dan Ia tidak menjadikan atas kamu pada agama itu sempit.
Surah Al Hajj ayat 78
Dam ( denda ) akan dikenakan atas
Untuk Haji Tamattu' dan Haji Qiran iaitu menyembelih seekor kambing.
Sila rujuk QS al Baqarah ayat 196
Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.
BLOG:
www.annajahcemerlang.blogspot.com
Khamis, Ogos 17, 2017
PERBEZAAN ANTARA SUNAT AB'AD DAN SUNAT HAI'AT
Definasi
: : Sunat Ab'ad
Sunat Ab'ad ialah perkara - perkara sunat yang dilakukan semasa solat . Jika kita terlupa membaca atau melakukan salah satu dari perkara2 tersebut maka disunatkan melakukan sujud sahwi.
: : Sunat Hai'at
Sunat Haiah pula ialah perkara-perkara sunat semasa solat. Tidak perlu sujud Sahwi jika tertinggal melakukannya.
Perkara perkara di dalam sunat Ab'ad ada 7 perkara iaitu :
- Membaca tasyahud awal
- Duduk tasyahud awal
- Membaca Qunut
- Berdiri semasa berqunut
- Selawat kepada Nabi pada tahiyat awal
- Selawat ke atas keluarga Nabi pada tasyahud akhir
- Selawat dalam doa Qunut
Catatan
- Tasyahud awal sama makna dengan tahiyat awal
- Sujud Sahwi dilakukan sebelum memberi salam berdasarkan pada hadith dibawah
Dari Abdullah bin Buhainah r.a bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w menjadi imam solat mereka lalu Baginda bangun sesudah rakaat kedua dan tidak duduk tahiyat awal. Orang ramai pun bangun bersama-samanya sehingga apabila Baginda selesai solat dan mereka menunggu salamnya, ia bertakbir lalu sujud dua kali ( sujud sahwi ) sebelum memberi salam, kemudian ia memberi salam ."
- Andai terlupa juga sujud sahwi, maka tidak membatalkan solat.
Perkara perkara dalam Sunat Hai'at ada 16 iaitu ...
- Mengangkat kedua belah tangan ketika hendak takbiratul ihram, ruku', bangkit dari ruku' dan bangkit dari tasyahud awal.
- Telapak tangan kanan berada di atas pergelangan tangan kiri
- Membaca do'a iftitah
- Membaca ta'awudz dan Basmallah
- Membaca surah Alquran
- Membaca amin
- Menguatkan bacaan Fatihah dan surah pada rakaat pertama dan kedua solat Jumaat, maghrib, isya' dan subuh kecuali kalau dia menjadi ma'mum
- Membaca takbir Allahu Akbar
- Membaca tasbih ruku' dan sujud
- Membaca sami'allahu liman hamidah
- Membaca do'a ketika i'tidal
- Meletakan telapak tangan di atas paha ketika tasyahud awal dan akhir
- Duduk iftisary dalam semua duduk solat
- Duduk "tawarah" atau bersimpuh pada duduk tasyahud akhir
- Membaca salam yang kedua.
- Memalingkan muka ke kanan dan ke kiri ketika salam pertama dan kedua.
: : KESIMPULANNYA
Sunat Ab'ad dan Sunat Hai'at adalah perkara-perkara sunat semasa solat.
Bezaya Sunat Ab'ad kena sujud Sahwi apabila kita meninggalkannya sedangkan Sunat Hai''at tidak perlu.
Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.
BLOG:
www.annajahcemerlang.blogspot.com
Isnin, Julai 31, 2017
TAYAMMUM
Tayammum ialah bersuci dengan menggunakan debu tanah yang bersih sebagai pengganti kepada wudhu` ataupun mandi hadas.
: : Firman Allah
وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا ﴿النساء: ٤٣
Maksudnya
Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan lalu kamu tidak mendapat air maka hendaklah kamu bertayamum dengan debu tanah yang suci.
Surah An Nisa' ayat 43
: : Sabda Rasulullah s.a.w.
« وَجُعِلَتْ تُرْبَتُهَا لَنَا طَهُورًا إِذَا لَمْ نَجِدِ الْمَاءَ »
Maksudnya
“Dijadikan bagi kami tanahnya sebagai sesuatu yang mensucikan jika kami tidak menjumpai air”.
( HR Muslim dari Hudzaifah bin Yaman r.a.)
: : Sabda Rasulullah s.a.w.
"Dijadikan bumi itu seluruhnya untukku dan umatku sebagai tempat bersujud dan alat untuk bersuci".
(HR Ahmad dari Abi Umamah).
KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN TAYAMUM
- Tidak ada air
- Air cukup untuk makan dan minum sahaja.
- Luka yang tak boleh kena air.
- Ketidakmapuan menggunakan air
- Air yang terlalu sejuk.
: : Soalan
Kaki saya luka dan tak boleh kena air.. Bolehkah saya berwudhu' dan untuk kaki yang luka itu saya tayammumkan sahaja.
Jawapanya : TIDAK BOLEH
kerana kaki tidak termasuk dalam anggota tayammum.
Anggota untuk Tayammum ada dua iaitu
- Muka
- Kedua dua belah Tangan
: : Firman Allah
فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ﴿المائدة: ٦﴾
Maksudnya
maka hendaklah kamu bertayamum dengan debu tanah yang bersih maka sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu daripadanya.
Surah al Maidah ayat 6
Kenapa kita mesti campur adukkan antara wudhu' dengan tayammum?
Bukankah tayammum itu sudah cukup menggantikan wudhu'.
Namun begitu perlu diingat bahawa tayammum ini sah untuk satu waktu solat sahaja. Untuk waktu yang kedua kena ambil tayammum yang lain pula.
Sehubungan dengan ini, tayammum tidak boleh diambil siap siap sebelum masuknya waktu solat.
Selain daripada itu tayammum akan terbatal bila....
- adanya air
- Melakukan perkara yang menbatalkan wudhu'
- Luputnya halangan menggunakan air.
www.annajahcemerlang.blogspot.com
Isnin, Julai 03, 2017
ADDEEN ( AGAMA ) DISISI ALLAH HANYALAH ISLAM
: : Firman Allah
وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿البقرة: ١٣٢
Maksudnya
Dan Nabi Ibrahim telah berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan Nabi Yaakub: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih untuk kamu agama maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
Surah alBaqarah ayat 132
Apakah yang dimaksudkan dengan kalimah Addeen itu ?
Dalam AlQuran Addeen membawa tiga maksud
1. Agama ( Surah al Baqarah : 132 )
2. Undang undang ( Surah Yusuf : 76 )
3. Hari Pembalasan ( Surah al Fatihah : 4 )
Kalimah Addeen dalam konteks ayat di atas adalah bermaksud agama dan agama disisi Allah hanyalah Islam.
: : Firman Allah
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّـهِ الْإِسْلَامُ ﴿آل عمران: ١٩
Maksudnya
Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.
Surah Ali Imran ayat 19
Islam juga agama yang Allah pilih dan Allah redhai
: : Firman Allah
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
Maksudnya
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redha Islam itu sebagai agama untuk kamu.
Surah alMaidah ayat 3
Ini bermakna Allah akan menolak mana mana agama selain daripada Islam
: : Firman Allah
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿آل عمران: ٨٥
Maksudnya
Dan barang siapa yang mencari agama lain selain Islam maka sekali kali tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari orang - orang yang rugi.
Surah Ali Imran ayat 85
Bayangkan betapa ruginya kita seandainya amalan yang kita lakukan ini tidak diterima oleh Allah di akhirat .
: : Justeru itu,
Allah berpesan kepada Orang orang Beriman
: : Firman Allah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْم كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ﴿البقرة: ٢٠٨
Maksudnya
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam itu keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Surah alBaqarah ayat 208
Mengambil Islam sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain adalah termasuk mengikut jejak langkah Syaitan. نعوذ بالله من ذلک
Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.
Sila layari juga...
www.annajahcemerlang.blogspot.com
🍏🍎🌻🍇🍑🍊
Sabtu, Julai 01, 2017
PEREMPUAN PEREMPUAN YANG DIHARAMKAN BERKAHWIN
Wanita wanita yang diharamkan berkahwin terbahagi kepada dua katogeri iaitu..
KATOGERI PERTAMA
HARAM BERKAHWIN BUAT SELAMA LAMANYA
Disebabkan hubungan nasab
- Ibu
- Anak
- Saudara-saudara perempuan
- Emak saudara sebelah bapa
- Emak saudara sebelah ibu
- Anak abang
- Anak kakak @ anak adik perempuan
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ
Maksudnya
Diharamkan atas kamu berkahwin dengan ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara-saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang lelaki, anak-anak saudara kamu yang perempuan.
Surah an Nisa` ayat 23
- Ibu susuan
- Saudara susuan
وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ
Diharamkan atas kamu berkahwin dengan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu
Maksudnya
Surah an Nisa` ayat 23
Disebabkan hubungan perkahwinan.
- Ibu mertua ( ibu isteri )
- Anak tiri yang dalam jagaan dari isteri yang telah dicampuri ( disetubuhi ) *
- Menantu.
وَأُمَّهَات نِسَائِكُم وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاح عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُم
Diharamkan atas kamu berkahwin dengan ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri yang dalam jagaan kamu dari isteri-isteri yang telah kamu campuri tetapi Jika kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiada salah pada kamu berkahwin dengannya ( anak tiring kamu). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu yang berasal dari benih kamu..
Surah an Nisa` ayat 23
Catatan *
Seandainya ibu kepada anak tiri itu belum disetubuhi maka dihalalkan berkahwin dengan anak tiri itu.
KATOGERI KEDUA
HARAM BERKAHWIN BUAT SEMENTARA WAKTU
Mengahwini dua beradik dalam satu masa.
Firman Allah
وَأَن تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ l كَانَ l - النساء: ٢٣
Maksudnya
Dan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Surah an Nisa` ayat 23
Mengahwini perempuan yang masih menjadi isteri orang
Firman Allah
وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاءِ - النساء: ٢٤
Maksudnya
Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang
Surah an Nisa` ayat 24
Ahad, Mac 29, 2015
SELAWAT TAFRIJIAH DAN SELAWAT FATEH
Maksudnya
" Ya Allah ! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berikanlah kesejahteraan yang sempurna kepada Junjungan kami Muhammad yang menjadi sebab terungkainya segala kebuntuan , terbukanya segala kesempitanserta ditunaikan dengannya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah ( sempurna akhir hayat ) dan disirami mendung hujan lantaran keagungan Baginda.
Dan limpahkan rahmat dan salam kepada Keluarga Baginda dan paear sahabat pada setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui olehMu, Wahai Zat yang Menguasai Seluruh alam"
Maksudnya
" Ya Allah ! rahmatilah ke atas Penghulu kami yang membuka apa yang tertutup ( terkunci } Yang menutup ( menamatkan ) apa yang berlalu dan Yang menolong kebenaran dengan dengan kebenaran dan Yang menunjukkan kepada jalanMu yang lurus dan ( Limpahkan rahmat dan salam ) ke atas ahli ( keluarga )nya serta para sahabat yang mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi lagiagung "
- Merungkai segala kebuntuan dan kesempitan hidup
- Tercapainya semua hajat
- Memperoleh Kesudahan akhir hayat yang baik
- Dihujani limpahan rezeki yang melimpah ruah
- Dihindarkan dari perasaan sedih dan dukacita
- Dimudahkan segala urusan
- Ditunjukkan kepada jalanyang lurus
Tiada had bilangan. Anda boleh membacanya sebanyak 11 kali, 41 kali, 44 kali, 100 kali, 313 kali ataupun 4,444 kali mengikut besar kecilnya sesuatu hajat.
Wallahu a'lam
Isnin, Mac 16, 2015
SOLAT SUNAT DHUHA
Solat Dhuha adalah silat sunat yang digalakkan. Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.
Dari Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaKu akan tiga perkara iaitu Berpuasa tiga hari pada setiap bulan,Mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan Menunaikan solat witir sebelum tidur Hadith Riwayat Bukhari Muslim
Daripada Abu Dzar, Rasulullah bersabda "Hendaklah masing masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang tubuhmu. maka setiap kali bacaan Tasbih adalah sedekah, Setiap Tahmid adalah sedekah, Setiap Tahlil adalah sedekah, Setiap Takbir adalah sedekah,Menyuruh kebaika adalah sedekah, Mencegah keburukan adalah sedekah dan sebagai ganti itu semua cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha". Hadith Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud )
WAKTU SOLAT DHUHA
Waktu solat Dhuha bermula pada waktu matahari sedang naik iaitu 28 minit selepas waktu Syuruk (wajtu terbitnya matahari ) Wakyi paling afdal melakukan solat Dhuha adalah anggaran matahari naik tinggi segalah iaitu sekitar jam 9.30 pagi.
SOLAT DHUHA LEBIH DARIPADA DUA RAKAAT
Kemudian baca TASBIH dibawah
: : CATATAN
Apabila dibaca tasbih " Ya Wahhab" maka bacaan doa sujud yang terakhir " Hab Li Ya Wahhab ... " boleh dibaca dalam doa solat Dhuha seperti di bawah ini.
DAN INI...
Langgan:
Catatan (Atom)


















