Ahad, Ogos 20, 2017

HAJI IFRAD, HAJI TAMATTUK DAN HAJI QIRAN


Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima. Hukum mengerjakannya adalah wajib bagi yang berkemampuan.

 :  :  Firman Allah  

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّـهِ ِ ﴿البقرة: ١٩٦

Maksudnya
Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah
Surah Al Baqarah ayat 196

Haji terbahagi kepada tiga golongan iaitu
 1. Haji Ifrad     2. Haji Tamattu'      3. Haji Qiran  

Hadith daripada Aisyah RA

خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ عَامَ حَجَّةِ الْوَدَاعِ فَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِعُمْرَةٍ وَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِحَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ وَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِالْحَجِّ وَأَهَلَّ رَسُولُ اللَّهِ بِالْحَجِّ فَأَمَّا مَنْ أَهَلَّ بِالْحَجِّ أَوْ جَمَعَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لَمْ يَحِلُّوا حَتَّى كَانَ يَوْمُ النَّحْرِ

'Aisyah RA berkata: "Kami berangkat bersama Nabi SAW pada tahun haji wada' (perpisahan). Diantara kami ada yang berihram untuk umrah, ada yang berihram untuk haji dan umrah dan ada pula yang berihram untuk haji. Sedangkan Rasulullah SAW berihram untuk haji. Adapun orang yang berihram untuk haji atau menggabungkan haji dan umrah maka mereka tidak bertahallul sampai hari nahar (tanggal 10 Dzul Hijjah) ".
HR. Bukhari

 1. Haji Ifrad - ( افراد )   

Melakukan Umrah selepas selesai mengerjakan  ibadah haji.

Haji Ifrad adalah untuk mereka yang berkelangan mengerjakan umrah selepas selesai mengerjakan rukun rukun haji.

Mereka tidak perlu terburu buru mengerjakan umrah dan tidak ada keperluan berbuat demikian.

  2. Haji Tamattu' - ( تمتع  )

Mengerjakan Umrah dalam bulan bulan haji sebelum hari wukuf di Arafah

Haji Tamattu' adalah untuk mereka  yang berkesempatan mengerjakan umrah sebelum hari wukuf  di Arafah dan tidak berpeluang mengerjakannya selepas selesai mengerjakan ibadah haji.

Dalam erti kata lain inilah satu satunya masa baginya mengerjakan ibadah umrah.

 3. Haji Qiran  - ( قران ) 

أَنْ يُحْرِمَ بِعُمْرَةٍ فِي أَشْهُرِ الْحَجِّ ثُمَّ يُدْخِل الْحَجَّ عَلَيْهَا قَبْل الطَّوَافِ

Seseorang berihram dengan umrah pada bulan-bulan haji, kemudian memasukkan haji ke dalamnya sebelum tawaf

Haji Qiran adalah untuk golongan yang  tidak berkesempatan langsung  mengerjakan Umrah samada sebelum ataupun sesudah mengerjakan ibadah haji.

Dalam erti kata lain, itulah hajinya dan itulah juga umrahnya. ( 2 dalam 1)

Disyariatkan kesemuanya ini adalah kerana Allah mengetahui hal keadaan hamba hambaNya. Bayangkan jika disyariatkan Haji Ifrad sahaja, maka bukankah ini akan menyulitkan mereka yang tidak berkesempatan mengerjakan umrah selepas haji.

 :  :  Firman Allah  

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ُ﴿الحج: ٧٨

Maksudnya
Dan Ia tidak menjadikan atas kamu  pada agama itu sempit.
Surah Al Hajj ayat 78

Dam ( denda ) akan dikenakan atas
Untuk Haji Tamattu' dan Haji Qiran iaitu menyembelih seekor kambing.
Sila rujuk QS al Baqarah ayat 196

Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.

BLOG:
www.annajahcemerlang.blogspot.com

Tiada ulasan: