Selasa, Oktober 13, 2020

SUJUD SAHWI


Sujud Sahwi merupakan dua sujud tambahan sebelum salam bertujuan untuk menutup kekurangan yang terjadi akibat kelupaan tersebut.


Sahwi dari segi bahasa bermaksud lupa atau lalai, adapun dari segi istilah adalah sujud yang dilakukan sebelum Salam untuk menutupi cacat di dalam solat kerana meninggalkan sesuatu yang diperintah secara tidak sengaja.
Para ulama madzhab sepakat mengenai pensyariatan Sujud Sahwi berdasarkan kepada hadith berikut ini. 

Rasulullah ﷺ bersabda,

فَإِذَا لَمْ يَدْرِ أَحَدُكُمْ كَمْ صَلَّى فَلْيَسْجُدْ سَجْدَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ

Apabila salah seorang dari kalian tidak mengetahui berapa rakaat dia shalat, hendaklah dia bersujud dua kali dalam keadaan duduk.” 

HR. Bukhari (1231 dan Muslim ( 389) dari Abu Hurairah, 

HUKUM SUJUD SAHWI

Hukum Sujud Sahwi adalah sunat apabila terjadi salah satu daripada sebab-sebabnya. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/443)

Dimaafkan jika terlupa terlupa melakukannya. Ini adalah kerana hukum asalnya adalah sunat. 

CARA MELAKUKAN SUJUD SAHWI

Apabila selesai membaca  tahiyyat akhir, terus lakukan 
  • sujud sahwi sebanyak 2 kali
  • Dibaca tasbih Sujud sebanyak 3 kali setiap kali sujud
  • Duduk Tahiyyat Akhir dan beri Salam.

SEBAB SEBAB SUJUD SAHWI

Sujud sahwi dibolehkan apabila:

💖 PERTAMA 

RAGU RAGU DENGAN BILANGAN RAKAAT  

Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ.

 Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam.

Rasulullah ﷺ bersabda lagi

فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ.

Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.” 

HR : Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i RA dari Abu Sa’id al-Khudri RA

💖 KEDUA

TIDAK DUDUK TAHIYYAT AWAL

Hadits ‘Abdullah bin Buhainah.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺَ قَامَ فِي صَلَاةِ الظُّهْرِ وَعَلَيْهِ جُلُوسٌ فَلَمَّا أَتَمَّ صَلَاتَهُ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ فَكَبَّرَ فِي كُلِّ سَجْدَةٍ وَهُوَ جَالِسٌ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ وَسَجَدَهُمَا النَّاسُ مَعَهُ مَكَانَ مَا نَسِيَ مِنْ الْجُلُوسِ

Rasulullah ﷺ pernah melaksanakan solat Zohor (namun terlupa melakukan duduk (tasyahud awal). Setelah beliau menyempurnakan shalatnya, beliau sujud dua kali, dan beliau bertakbir pada setiap akan sujud dalam posisi duduk sebelum. Beliau lakukan seperti ini sebelum salam. Maka orang-orang mengikuti sujud bersama beliau sebagai ganti yang terlupa dari duduk (tasyahud awal).” 

HR. Bukhari no. 1224 dan Muslim no. 570)

💖 KETIGA

TERLEBIH BILANGAN RAKAAT

Hadits Abdullah bin Mas’ud.

صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَمْسًا فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَزِيدَ فِى الصَّلاَةِ قَالَ « وَمَا ذَاكَ ». قَالُوا صَلَّيْتَ خَمْسًا. قَالَ « إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ أَذْكُرُ كَمَا تَذْكُرُونَ وَأَنْسَى كَمَا تَنْسَوْنَ ». ثُمَّ سَجَدَ سَجْدَتَىِ السَّهْوِ.

Rasulullah ﷺ pernah solat bersama kami lima rakaat. Kami pun mengatakan, “Wahai Rasulullah, apakah engkau menambah dalam solat?” Lalu beliau pun mengatakan, “Memang ada apa tadi?” Para sahabat pun menjawab, “Engkau telah mengerjakan shalat lima raka’at.” Lantas beliau bersabda, “Sesungguhnya aku hanyalah manusia semisal kalian. Aku bisa memiliki ingatan yang baik sebagaimana kalian. Begitu pula aku bisa lupa sebagaimana kalian pun demikian.” Setelah itu beliau melakukan dua kali sujud sahwi.” (HR. Muslim no. 572)

💖 KEEMPAT

TERKURANG BILANGAN RAKAAT

Hadits ‘Imron bin Hushain.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ صَلَّى الْعَصْرَ فَسَلَّمَ فِى ثَلاَثِ رَكَعَاتٍ ثُمَّ دَخَلَ مَنْزِلَهُ فَقَامَ إِلَيْهِ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ الْخِرْبَاقُ وَكَانَ فِى يَدَيْهِ طُولٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ. فَذَكَرَ لَهُ صَنِيعَهُ. وَخَرَجَ غَضْبَانَ يَجُرُّ رِدَاءَهُ حَتَّى انْتَهَى إِلَى النَّاسِ فَقَالَ « أَصَدَقَ هَذَا ». قَالُوا نَعَمْ. فَصَلَّى رَكْعَةً ثُمَّ سَلَّمَ ثُمَّ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ.

Rasulullah ﷺ pernah solat Asar lalu beliau salam pada raka’at ketiga. Setelah itu beliau memasuki rumahnya. Lalu seorang lelaki yang bernama al-Khirbaq (yang tangannya panjang) menghadap Nabi ﷺ seraya berkata, 

“Wahai Rasulullah!” Lalu ia menngingatkannya apa yang dikerjakan oleh beliau tadi. 

Lalu Baginda ﷺ keluar dalam keadaan marah sambil menyeret rida’nya (pakaian bagian atas) hingga berhenti pada orang-orang seraya bertanya

 “Apakah benar yan g dikatakan orang ini?“ 

Mereka menjawab, “Ya benar”. Kemudian Baginda ﷺ pun solat satu rakaat (menambah raka’at yang kurang tadi). Lalu beliau salam. Setelah itu beliau melakukan sujud sahwi dengan dua kali sujud. Kemudian beliau salam lagi.” 

HR. Muslim (n o. 574)

💖 KELIMA

TIDAK MEMBACA DOA QUNUT

Menurut Imam Syafie, Membaca Doa Qunut adalah termasuk di dalam katogeri SunatAbadh iaitu sunat yang disunatkan sujud Sahwi jika meninggalkannya.


💙💚💖💖💖💛💜

Rujukan


  1. Panduan Sujud Sahwi
  2. Cara Sujud Sahwi bila terlupa bilangan rakaat dan doa qunut 

Tiada ulasan: