Ahad, September 08, 2019

PUASA SUNAT 9 DAN 10 MUHARRAM


Hari ’Asyura atau pada orang Yahudi lebih dikenali sebagai Yom Kippur merupakan hari kebesaran bagi umat Islam, Yahudi dan Nasara.

Ianya berlaku pada tanggal 10 Muharam. Pada tarikh inilah Allah telah selamatkan Nabi Musa dan kaum Bani Israil dan Allah tenggelamkan Fir’aun di Laut Merah.

๐Ÿ’– Firman Allah 

ูˆَุฅِุฐْ ูَุฑَู‚ْู†َุง ุจِูƒُู…ُ ุงู„ْุจَุญْุฑَ ูَุฃَู†ุฌَูŠْู†َุงูƒُู…ْ ูˆَุฃَุบْุฑَู‚ْู†َุง ุขู„َ ูِุฑْุนَูˆْู† ูˆَุฃَู†ุชُู…ْ ุชَู†ุธُุฑُูˆู†َ ﴿ูฅู ﴾ ุงู„ุจู‚ุฑุฉ

Maksudnya
Dan ingatlah ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan  tenteranya sedang kamu semua menyaksikannya
Surah al Baqarah ayat 50

SEJARAH PENSYARIATAN PUASA ASYURA 

Amalan berpuasa pada Hari ’Asyura telah bermula sejak dari zaman Jahiliyyah lagi bagi masyarakat Arab.

Ketika Rasulullah ๏ทบ datang ke Madinah, Baginda ๏ทบ melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari  ’Asyura, lalu Baginda ๏ทบ bertanya:
“ Hari apakah ini? ”

Mereka menjawab:
“Ini adalah hari yang baik, hari Allah selamatkan Bani Israil dari musuh mereka lalu Musa berpuasa pada hari itu”.

๐ŸŒทSabda Rasulullah ๏ทบ 

ูَุฃَู†َุง ุฃَุญَู‚ُّ ุจِู…ُูˆْุณَู‰ ู…ِู†ْูƒُู…ْ ูَุตَุงู…َู‡ُ ูˆَุฃَู…َุฑَ ุจِุตِูŠَุงู…ِู‡ِ

Maksudnya 
Aku lebih berhak terhadap puasa Musa daripada kamu. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa.

HR : Bukhari dan Muslim daripada Aisyah Ummul Mukminin

Setelah puasa Ramadhan difardukan, hukum berpuasa Hari Asyura telah bertukar menjadi SUNAT

๐ŸŒทSabda Rasulullah ๏ทบ 

ู…ู† ุดุงุก ุตุงู…ู‡ ูˆู…ู† ุดุงุก ุชุฑูƒู‡ - ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุจุฎุงุฑูŠ ูˆู…ุณู„ู…

Maksudnya
Barang siapa yang mahu, berpuasalah dan barang siapa yang mahu maka tinggalkanlah (berbuka)”.

HR : al Bukhari dan Muslim daripada Aisyah Ummul Mukminin

PUASA SUNAT  9 MUHARAM
(PUASA TASU’A) 

Puasa Tasua ( ุชุณูˆุนุงุก ) adalah amalan puasa Sunat pada 9 Muharram iaitu satu hari awal sebelum puasa Asyura 

Disunatkan puasa pada hari ini adalah untuk menyalahi amalan berpuasa orang orang Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas

ู„ู…ّุง ุตุงู… ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ูŠูˆู… ุนุงุดูˆุฑุงุก، ูˆุฃู…ุฑ ุจุตูŠุงู…ู‡، ู‚ุงู„ูˆุง: ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡، ุฅู†ّู‡ ูŠูˆู… ุชุนุธู…ู‡ ุงู„ูŠู‡ูˆุฏ ูˆุงู„ู†ّุตุงุฑู‰،  ุฑูˆุงู‡ ู…ุณู„ู…

Maksudnya

Ketika Rasulullah ๏ทบ berpuasa pada hari Asyura, Baginda ๏ทบ turut mengarahkan orang ramai berpuasa lalu mereka berkata: Ya Raslullah, Bukankah hari ini hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani 
HR : Muslim dari Ibnu Abbas

Maka Rasulullah ๏ทบ menjawab
๐ŸŒทSabda Rasulullah ๏ทบ 


ุฅุฐุง ูƒุงู† ุนุงู… ุงู„ู…ู‚ุจู„ ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ ุตู…ู†ุง ุงู„ูŠูˆู… ุงู„ุชุงุณุน،  ุฑูˆุงู‡ ู…ุณู„ู…

Maksudnya
Sekiranya tahun hadapan jika diizinkan Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan

HR : Muslim daripada Ibnu Abbas

Ibnu Abbas berkata lagi

 ูู„ู… ูŠุฃุช ุงู„ุนุงู… ุงู„ู…ู‚ุจู„ ุญุชّู‰ ุชูˆูّูŠ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ๏ทบ ุฑูˆุงู‡ ู…ุณู„ู…

Maksudnya
Belum sempat munculnya tahun hadapan Rasulullah ๏ทบ wafat terlebih dahulu

HR : Muslim daripada Ibnu Abbas 




HUKUM BERPUASA PADA 9 DAN 10 MUHARRAM

Ulamak Feqah telah berselisih pendapat mengenai status Puasa Tasua dan Asyura

๐Ÿ’™๐Ÿ’– PERTAMA
๐Ÿ’›
Imam Syafie, Imam Ahmad,,  Imam Ishaq dan kebanyakan ulamak dari mazhab Hanbali dan Syafie sepakat menyatakan bahawa puasa 9 dan 10 Muharam adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang sangat sangat dituntut. 

๐Ÿ’™๐Ÿ’– KEDUA
๐Ÿ’›
Sebaliknya Imam Abu Hanifah menyatakan ianya adalah wajib.

Catatan
๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’–๐Ÿ’›๐Ÿ’œ

Pendapat yang menyatakan sunat berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam ( tambah satu hari pada 11 Muharam ) adalah tidak kuat.

Menurut Adz Zahabiy, 
Hadith Sunat berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam  tidak boleh dijadikan hujjah. 

Ini adalah kerana hadith yang dipegang oleh pendapat ini terdapat perawi yang bernama
  • Ibnu Abi Laila seorang yang buruk hafalan
  • Daud bin Ali seorang yang tidak tsiqoh atau tidak boleh dipercayai.

Adapun berpuasa pada 10 Muharam sahaja hukumnya MAKRUH kerana menyamai amalan berpuasa Orang orang Yahudi dan Nasara.

ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

๐Ÿ’™๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’›๐Ÿ’›๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ
Rujukan
(Sila klik pautan)


๐Ÿ’™๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’›๐Ÿ’›๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ

Tiada ulasan: