DEFINASI IDDAH
Iddah ialah suatu tempoh masa yang menghalang seseorang perempuan kematian suami ataupun bercerai dari berkahwin.
Kewajipan ber'iddah adalah untuk memelihara air mani suami supaya tidak bercampur dengan air mani lelaki lain demi menjaga nasab dan keturunannya.
Sekiranya sesuatu perkahwinan itu dilakukan dalam masa iddah, maka perkahwinan itu tidak sah dan terbatal.
Ada EMPAT keadaan iaitu ...
💙💚💖💛💜
TIADA 'IDDAH
BAGI ISTERI YANG BELUM DISETUBUHI
💙💚💖💖💖💛💜
BAGI ISTERI YANG BELUM DISETUBUHI
💙💚💖💖💖💛💜
💚 Firman Allah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِن ْعِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا ﴿٤٩﴾ الأحزاب
Wahai orang-orang yang beriman apa bila kamu berkahwin dengan perempuan - perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya (jimak) maka tiadalah bagi kamu terhadap mereka sebarang 'iddah yang kamu boleh hitung akannya.
Surah al-Ahzab ayat 49.
KEDUA
💙💚💖💖💖💛💜
TIGA KALI SUCI
BAGI ISTERI YANG MASIH KEDATANGAN HAIDH
💙💚💖💖💖💛💜
BAGI ISTERI YANG MASIH KEDATANGAN HAIDH
💙💚💖💖💖💛💜
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ ﴿٢٢٨﴾ البقرة
Maksudnya
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).
Surah al-Baqarah ayat 228
Tiga kali suci adalah untuk memastikan rahim si isteri bersih dari air mani si suami.
KETIGA
💙💚💖💖💖💛💜
TIGA BULAN
BAGI ISTERI YANG KEPUTUSAN HAID ATAU BELUM DATANG HAIDH
💙💚💖💖💖💛💜
BAGI ISTERI YANG KEPUTUSAN HAID ATAU BELUM DATANG HAIDH
💙💚💖💖💖💛💜
💚 Firman Allah
وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِن نِّسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ ﴿٤﴾ الطلاق
Dan perempuan - perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid jika kamu ragu ragu maka 'iddahnya ialah tiga bulan dan (begitu juga) perempuan - perempuan yang belum kedatangan haid "
Surah at-Talaq ayat 4.
CATATAN
💙💚💖💛💜
Menurut mazhab Syafiie dan Hanbali; termasuk juga yang perlu ber'iddah tiga bulan ialah wanita yang berterusan keluar darah dari farajnya di mana ia tidak dapat membezakan lagi bila ia haid dan bila ia istihadhah.
KEEMPAT
💙💚💖💖💖💛💜
SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK JIKA ISTERI ITU MENGANDUNG
💙💚💖💖💖💛💜
💙💚💖💖💖💛💜
💚 Firman Allah
وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ﴿٤﴾ الطلاق
Maksudnya
Dan perempuan - perempuan mengandung, tempoh 'iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.
Surah at-Talaq ayat 4
💙💚💖💛💜
CATATAN
💙💚💖💛💜
Dalam tempoh iddah, suami boleh rujuk kembali dengan syarat isteri adalah dalam iddah Raj’ie.
Iddah Raj’ie ialah iddah yang membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya. Ianya berlaku pada talak satu dan talak dua sahaja.
Ada DUA keadaan iaitu ....
PERTAMA
💙💚💖💖💖💛💜
EMPAT BULAN SEPULUH HARI
BAGI ISTERI YANG TIDAK MENGANDUNG
💙💚💖💖💖💛💜
BAGI ISTERI YANG TIDAK MENGANDUNG
💙💚💖💖💖💛💜
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا ٌ ﴿٢٣٤﴾ البقرة
Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (ber'iddah) selama empat bulan sepuluh hari.
al-Baqarah ayat 234.
KEDUA
💙💚💖💖💖💛💜
SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK JIKA ISTERI ITU MENGANDUNG
💙💚💖💖💖💛💜
💙💚💖💖💖💛💜
💚 Firman Allah
وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ﴿٤﴾ الطلاق
Dan perempuan - perempuan mengandung, tempoh eddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya”
Surah at-Talaq ayat 4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan