Definasi
: : Sunat Ab'ad
Sunat Ab'ad ialah perkara - perkara sunat yang dilakukan semasa solat . Jika kita terlupa membaca atau melakukan salah satu dari perkara2 tersebut maka disunatkan melakukan sujud sahwi.
: : Sunat Hai'at
Sunat Haiah pula ialah perkara-perkara sunat semasa solat. Tidak perlu sujud Sahwi jika tertinggal melakukannya.
Perkara perkara di dalam sunat Ab'ad ada 7 perkara iaitu :
- Membaca tasyahud awal
- Duduk tasyahud awal
- Membaca Qunut
- Berdiri semasa berqunut
- Selawat kepada Nabi pada tahiyat awal
- Selawat ke atas keluarga Nabi pada tasyahud akhir
- Selawat dalam doa Qunut
Catatan
- Tasyahud awal sama makna dengan tahiyat awal
- Sujud Sahwi dilakukan sebelum memberi salam berdasarkan pada hadith dibawah
Dari Abdullah bin Buhainah r.a bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w menjadi imam solat mereka lalu Baginda bangun sesudah rakaat kedua dan tidak duduk tahiyat awal. Orang ramai pun bangun bersama-samanya sehingga apabila Baginda selesai solat dan mereka menunggu salamnya, ia bertakbir lalu sujud dua kali ( sujud sahwi ) sebelum memberi salam, kemudian ia memberi salam ."
- Andai terlupa juga sujud sahwi, maka tidak membatalkan solat.
Perkara perkara dalam Sunat Hai'at ada 16 iaitu ...
- Mengangkat kedua belah tangan ketika hendak takbiratul ihram, ruku', bangkit dari ruku' dan bangkit dari tasyahud awal.
- Telapak tangan kanan berada di atas pergelangan tangan kiri
- Membaca do'a iftitah
- Membaca ta'awudz dan Basmallah
- Membaca surah Alquran
- Membaca amin
- Menguatkan bacaan Fatihah dan surah pada rakaat pertama dan kedua solat Jumaat, maghrib, isya' dan subuh kecuali kalau dia menjadi ma'mum
- Membaca takbir Allahu Akbar
- Membaca tasbih ruku' dan sujud
- Membaca sami'allahu liman hamidah
- Membaca do'a ketika i'tidal
- Meletakan telapak tangan di atas paha ketika tasyahud awal dan akhir
- Duduk iftisary dalam semua duduk solat
- Duduk "tawarah" atau bersimpuh pada duduk tasyahud akhir
- Membaca salam yang kedua.
- Memalingkan muka ke kanan dan ke kiri ketika salam pertama dan kedua.
: : KESIMPULANNYA
Sunat Ab'ad dan Sunat Hai'at adalah perkara-perkara sunat semasa solat.
Bezaya Sunat Ab'ad kena sujud Sahwi apabila kita meninggalkannya sedangkan Sunat Hai''at tidak perlu.
Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.
BLOG:
www.annajahcemerlang.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan