Isnin, Julai 31, 2017

TAYAMMUM


Tayammum ialah bersuci dengan menggunakan debu tanah yang bersih sebagai pengganti kepada wudhu` ataupun mandi hadas.

 : : Firman Allah 

وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا  ﴿النساء: ٤٣

Maksudnya
Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan lalu kamu tidak mendapat air maka hendaklah kamu bertayamum dengan debu tanah yang suci.
Surah An Nisa' ayat 43

 : : Sabda Rasulullah s.a.w.  

« وَجُعِلَتْ تُرْبَتُهَا لَنَا طَهُورًا إِذَا لَمْ نَجِدِ الْمَاءَ »

Maksudnya
Dijadikan bagi kami tanahnya sebagai sesuatu yang mensucikan  jika kami tidak menjumpai air”.
( HR Muslim dari Hudzaifah bin Yaman r.a.)

 : : Sabda Rasulullah s.a.w.  

"Dijadikan bumi itu seluruhnya untukku dan umatku sebagai tempat bersujud dan alat untuk bersuci".
(HR Ahmad dari Abi Umamah).


KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN TAYAMUM
  1. Tidak ada air 
  2.  Air cukup untuk makan dan minum sahaja.
  3. Luka yang tak boleh kena air.
  4. Ketidakmapuan menggunakan air
  5. Air yang terlalu sejuk.

 : : Soalan   

Kaki saya luka dan tak boleh kena air.. Bolehkah saya berwudhu' dan untuk kaki yang luka itu saya tayammumkan sahaja.

Jawapanya  : TIDAK BOLEH
kerana kaki tidak termasuk dalam anggota tayammum.

Anggota untuk Tayammum ada dua iaitu
  • Muka
  • Kedua dua belah Tangan

 : : Firman Allah 

فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ﴿المائدة: ٦﴾

Maksudnya
maka hendaklah kamu bertayamum dengan debu tanah yang bersih maka sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu daripadanya.
Surah al Maidah ayat 6

Kenapa kita mesti campur adukkan antara wudhu' dengan tayammum?

Bukankah tayammum itu sudah cukup menggantikan wudhu'.

Namun begitu perlu diingat bahawa tayammum ini sah untuk satu waktu solat sahaja. Untuk waktu yang kedua kena ambil tayammum yang lain pula.

Sehubungan dengan ini, tayammum tidak boleh diambil siap siap sebelum masuknya waktu solat.

Selain daripada itu tayammum akan terbatal bila....
  • adanya air 
  • Melakukan perkara yang menbatalkan wudhu'
  • Luputnya halangan menggunakan air.

www.annajahcemerlang.blogspot.com

Tiada ulasan: