Jumaat, Julai 26, 2019

IDDAH BAGI PEREMPUAN YANG BERCERAI ATAU KEMATIAN SUAMI


 DEFINASI IDDAH 

Iddah ialah suatu tempoh masa yang menghalang seseorang perempuan kematian suami ataupun bercerai dari berkahwin.

Kewajipan ber'iddah adalah untuk memelihara air mani suami supaya tidak bercampur dengan air mani lelaki lain demi menjaga nasab dan keturunannya.

Sekiranya sesuatu perkahwinan itu dilakukan dalam masa iddah, maka perkahwinan itu tidak sah dan terbatal.




Ada EMPAT keadaan iaitu ...

PERTAMA
💙💚💖💛💜
TIADA 'IDDAH
BAGI ISTERI YANG BELUM DISETUBUHI
💙💚💖💖💖💛💜

💚 Firman Allah 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِن ْعِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا ﴿٤٩﴾ الأحزاب

Maksudnya
Wahai orang-orang yang beriman apa bila kamu berkahwin dengan perempuan - perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya (jimak)  maka tiadalah bagi kamu terhadap mereka sebarang 'iddah yang kamu boleh hitung akannya.
Surah al-Ahzab ayat 49.

KEDUA
💙💚💖💖💖💛💜
TIGA KALI SUCI
BAGI ISTERI YANG MASIH KEDATANGAN HAIDH
💙💚💖💖💖💛💜

💚 Firman Allah 

 وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ ﴿٢٢٨﴾  البقرة

Maksudnya
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).
Surah al-Baqarah ayat 228

Tiga kali suci adalah untuk memastikan rahim si isteri bersih dari air mani si suami.

KETIGA
💙💚💖💖💖💛💜
TIGA BULAN
BAGI ISTERI YANG KEPUTUSAN HAID ATAU BELUM DATANG HAIDH
💙💚💖💖💖💛💜

💚 Firman Allah 

وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِن نِّسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ ﴿٤﴾ الطلاق

Maksudnya
Dan perempuan - perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid jika kamu ragu ragu maka 'iddahnya ialah tiga bulan dan (begitu juga) perempuan - perempuan yang belum kedatangan haid "
Surah at-Talaq ayat 4.

CATATAN
💙💚💖💛💜

Menurut mazhab Syafiie dan Hanbali; termasuk juga yang perlu ber'iddah tiga bulan ialah wanita yang berterusan keluar darah dari farajnya di mana ia tidak dapat membezakan lagi bila ia haid dan bila ia istihadhah.

KEEMPAT
💙💚💖💖💖💛💜
SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK JIKA ISTERI ITU MENGANDUNG
💙💚💖💖💖💛💜

💚 Firman Allah 

وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ﴿٤﴾ الطلاق


Maksudnya
Dan perempuan - perempuan mengandung, tempoh 'iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.
Surah at-Talaq ayat 4

💙💚💖💛💜
CATATAN
💙💚💖💛💜

Dalam tempoh iddah, suami boleh rujuk kembali dengan syarat isteri adalah dalam iddah Raj’ie.

Iddah Raj’ie ialah iddah yang membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya. Ianya berlaku pada talak satu dan talak dua sahaja.



Ada DUA keadaan iaitu ....

PERTAMA
💙💚💖💖💖💛💜
EMPAT BULAN SEPULUH HARI
BAGI ISTERI YANG TIDAK MENGANDUNG
💙💚💖💖💖💛💜

💚 Firman Allah 

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا ٌ ﴿٢٣٤﴾ البقرة

Maksudnya
Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (ber'iddah) selama empat bulan sepuluh hari.
al-Baqarah ayat 234.

KEDUA
💙💚💖💖💖💛💜
SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK JIKA ISTERI ITU MENGANDUNG
💙💚💖💖💖💛💜

💚 Firman Allah 

وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ﴿٤﴾ الطلاق

Maksudnya
Dan perempuan - perempuan mengandung, tempoh eddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya”
Surah at-Talaq ayat 4





Selasa, Julai 23, 2019

PEREMPUAN PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI



Pengharaman berkahwin dengan wanita wania  tertentu terbahagi kepada dua katogeri .

💙💚 PERTAMA
💛
HARAM MUABBADAH
iaitu haram untuk bernikah selama-lamanya.

💙💚 KEDUA
💛
HARAM MUAQQATAH
iaitu haram berkahwin buat sementara waktu disebabkan ada faktor-faktor yang menghalang.

Jika ianya dilakukan maka ia tergolong di dalam akad yang batil dan tidak sah pernikahan tersebut.

KATOGERI
PERTAMA
💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙
HARAM BERKAHWIN BUAT SELAMA LAMANYA
💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙


❶ Haram Disebabkan Nasab 
  1. Ibu 
  2. Anak 
  3. Saudara-saudara perempuan  
  4. Emak saudara sebelah bapa  
  5. Emak saudara sebelah ibu  
  6. Anak abang  
  7. Anak kakak @ anak adik perempuan 

  Firman Allah 

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ ﴿٢٣﴾ النساء

Maksudnya
Diharamkan atas kamu berkahwin dengan ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara-saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang lelaki, anak-anak saudara kamu yang perempuan.
Surah an Nisa` ayat 23

    ❷ Haram Disebabkan Susuan.
    1. Ibu susuan 
    2. Saudara susuan
       Firman Allah 


        وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ  ﴿٢٣﴾ النساء

      Maksudnya
      Diharamkan atas kamu berkahwin dengan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu
      Surah an Nisa` ayat 23









      ❸ Haram Disebabkan Perkahwinan.
      1. Ibu mertua ( ibu isteri )
      2. Anak tiri yang dalam jagaan dari isteri yang telah dicampuri ( disetubuhi ) *
      3. Menantu.

       Firman Allah 

      وَأُمَّهَات نِسَائِكُم وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ ﴿٢٣﴾ النساء
        
      Maksudnya
      Dan ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri yang dalam jagaan kamu dari isteri-isteri yang telah kamu campuri
      Surah an Nisa` ayat 23

       Firman Allah 

      وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُم ﴿٢٣﴾ النساء
        
      Maksudnya
      Dan bekas isteri anak-anak kamu (menantu) yang berasal dari benih kamu..
      Surah an Nisa` ayat 23

      💙💚💖💛💙💚💖
      Perihal Anak Tiri
      💙💚💖💛💙💚💖💛









      Seandainya ibu kepada anak tiri itu belum disetubuhi maka dihalalkan berkahwin dengan anak tiri itu setelah ibunya diceraikan.

       Firman Allah 

      فَإِن لَّمْ تَكُونُوا دَخَلْتُم بِهِنَّ  النساءفَلَا جُنَاح عَلَيْكُمْ ﴿٢٣﴾ النساء
        
      Maksudnya
      Jika kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiada salah pada kamu berkahwin dengannya ( anak tiring kamu).
      Surah an Nisa´  ayat 23


      KATOGERI
      KEDUA
      💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙
      HARAM BERKAHWIN BUAT SEMENTARA WAKTU

      💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙




       ❶ Mengahwini dua beradik dalam satu masa.

       Firman Allah 

      وَأَن تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ﴿٢٣﴾ النساء

      Maksudnya
      Dan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
      Surah an Nisa` ayat 23



      ❷ Mengahwini perempuan yang masih menjadi isteri orang

       Firman Allah 

      وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاءِ ﴿٢٤﴾ النساء

      Maksudnya
      Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang
      Surah an Nisa` ayat 24

      💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙

      Selasa, Jun 11, 2019

      MAKKIYAH DAN MADANIYAH


      Jika kita membaca AlQur'an samada kita sedar atau tidak, kita pasti akan bertemu dengan kalimah-kalimah seperti Makkiyah dan Madaniyah

      Berdasarkan kepada kalimah Makkiyah dan Madaniyah boleh dikatakan Surah Makkiyah ini adalah surah-surah yang diturunkan di Mekah dan Surah Madaniyah adalah surah-surah yang diturunkan di Madinah. 


      Pendapat ini mungkin ada benarnya namun ada pendapat lain yang menolak pendapat yang pertama ini.

      Pendapat yang kedua mengatakan bahawa 

      • Surah Makkiyah adalah surah - surah yang diturunkan sebelum hijranya Rasulullah ke Madinah. . 
      • Surah Madaniyah adalah surah-surah yang diturunkan semasa dan selepas Nabi berhijrah ke Madinah.
      Pendapat ini berdasarkan kepada penurunan Surah An Nasr ( النصر )

      Surah ini telah diturunkan di Mekah (Hudaibiyah) namun ia dikatogerikan sebagai Surah Madaniyah kerana surah ini diturunkan selepas peristiwa hijrahnya Rasul ke Madinah.




      CIRI CIRI SURAH MAKKIYAH 
      • Mengajak manusia agar mentauhidkan diri kepada Allah serta menjauhkan daripada segala bentuk penyembahan selain dariNya, 
      • Menceritakan perihal Syurga dan Neraka serta nikmat-nikmat Allah kurniakan yang tidak terhitung banyaknya.
      • Menceritakan tentang kisah perjuangan Para Nabi sebelum Nabi Muhamad s.a.w. seperti yang terdapat di dalam Surah Yunus, Surah Hud, Surah Yusuf, Surah Ibrahim dan sebagainya.

      Adapun Surah Madaniyah pula menceritakan tentang 
      • Jihad fi Sabilillah
      • Hukum hakam dalam sistem Perundangan dan Kekeluargaan Islam.
      • Persaudaraan di dalam Islam 
      • Cara berhadapan dengan golongan Munafik dan Yahudi di Madinah. 
      • Cara pemakaian dalam Islam 
      • Hukum Hudud bagi kesalahan Zina, Fitnah serta mencuri

      Surah Madaniyah tidak menyentuh langsung tentang soal aqidah kerana keimanan Para Sahabat telahpun mantap dan tidak perlu lagi kepada ayat-ayat yang menceritakan tentang pembersihan aqidah.

      BILANGAN SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYYAH 

      Surah Makkiyah   ada 86 surah
      Surah Madaniyah ada 28 Surah

      Mengenali Surah-surah Makkiyah dan Madaniyah, Sila Klik di Sini

      والله اعلم

      💙💚💛💜💖💖💙💚💛💜

      Jumaat, Jun 07, 2019

      PUASA SUNAT ENAM SYAWAL


      Ibadah puasa adalah satu amalan mulia yang dituntut di dalam Islam.

      Selain daripada berpuasa di bulan Ramadhan, kita juga dianjur supaya melakukan puasa puasa sunat di luar bulan Ramadhan seperti puasa enam hari di bulan Syawal.

      💙 Sabda Rasulullah

      مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

      Maksudnya
      Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya enam hari di bulan Syawal maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun.

      Hadith yang berstatus Mutawatir ini telah diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, at Tirmizi, an Nasaie dan Ibnu Majah dari Abu Ayyub al Ansari r.a. (1)

      Hadith ini juga turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

      HUKUM BERPUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL 

      Imam Abu Hanifa, Imam Syafie, Imam Abu Daud dan Imam Ahmad sepakat mengatakan hukumnya adalah SUNAT
      (Taudhih alHakam Jld 3 ms 533)

      Adapun Imam Malik dan sebahagian daripada Mazhab Hanafi menganggap hukumnya adalah MAKRUH

      Puasa Sunat Enam Syawal bermula pada hari raya kedua. Ini adalah kerana tarikh 1 Syawal merupakan hari raya Aidil Fitri dan kita diharamkan berpuasa pada hari tersebut.

      💙 Dari Abu Said al khudri r.a.

            أَنَّ رَسُولَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ، يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ - رواه البخاری ومسلم

      Maksudnya
      Rasulullah melarang berpuasa pada dua hariraya iaitu hari raya Aidil Fitri dan Hariraya Aidil Adha.

      HR : al Bukhari (1197) dan Muslim (1138) dari Abu Said al khudri r.a. (2)

      MENDAHULUKAN PUASA SUNAT SYAWAL DARI PUASA QADHA' 

      Ulamak Feqah berselisih pendapat dalam menentukan yang mana satu lebih afdal dilakukan.

      💜💖 PENDAPAT PERTAMA
      💚💛

      Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal terlebih dahulu kemudian barulah mengqadha'kan puasa Ramadhan.

      Pendapat ini berlandaskan kepada tindakan Saidatina Aisyah Ummul Mukminin yang mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadha'nya hingga ke bulan Sya'ban yang akan datang.

      💙 Dari Aisyah r. anha

      كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَهُ إِلا فِي شَعْبَانَ - رواه البخاري ومسلم

      Maksudnya
      Aku memiliki hutang puasa Ramadhan, Aku tidak mampu mengqadha'nya kecuali pada bulan Sya'ban kerana sibuk (melayani) Rasulullah s.a.w.

      HR : al Bukhari (1950) dan Muslim no. 1146 daripada Aisyah r.a! (3)

      Hadith ini menjelaskan kepada kita bahawa boleh berpuasa sunat enam Syawal meskipun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

      Ianya merupakan pendapat Imam Abu Hanifah

      Menurut Imam Abu Hanifah

      Kewajipan mengqadha' Puasa Ramadhan adalah secara bertangguh dan tidak disyaratkan Qadha' terus apabila boleh melakukannya.

      💚💛 PENDAPAT KEDUA
      💜💖 

      Wajib laksanakan Puasa Qadha' Ramadhan terlebih dahulu sebelum melakukan puasa sunat enam Syawal.

      Ini adalah berdasarkan kepada hadith di bawah.

      💙 Sabda Rasulullah

      مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

      Maksudnya
      Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia mengiringinya enam hari di bulan Syawal maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun."

      HR : Muslim, Abu Daud, at Tirmizi,  an Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad dari Abu Ayyub al Ansori r.a (1)

      Dalam hadith di atas, Rasulullah s.a.w mensyaratkan berpuasa Ramadhan terlebih dahulu kemudian diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal.

      Ini menunjukkan bahawa Puasa Sunat Enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu membayar hutang puasa wajibnya.

      Pendapat ini merupakan pendapat Imam Nawawi,  Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad dan Jumhur Salaf dan Khalaf.


      FATWA IMAM SYAFIE
        💚💛💖💜💙💚💛💖

      Jika seseorang itu 
      mengqadha' puasa Ramadhan 
      di hari hari yang disunatkan berpuasa maka pahala puasa sunat itu akan menyusul meskipun ianya tidak dilakukan

      💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙

      Imam Syafie telah menjadikan hadith dibawah ini sebagai sandaran.




      Dalam erti kata lain :
      Apabila kita tidak dapat melakukan puasa sunat disebabkan sakit atau kita mengqadha'kan puasa yang wajib pada hari hari yang disunatkan berpuasa maka ganjaran pahala puasa sunat yang tidak dapat kita lakukan itu akan ditulis sebagai pahala sunat untuk kita.

      Di sini tidak wujud sama sekali istilah penggabungan niat antara WAJIB dan SUNAT.

      Apa yang berlaku adalah

      • Kita berniat untuk melakukan puasa QADHA´  sahaja namun...
      • Kita dapat bonus pahala puasa sunat disebabkan puasa Qadha´   kita itu dilakukan pada hari hari yang disunatkan berpuasa.

      💚💛💖💖💜💙💚💛💖💖💜💙

      KESIMPULAN
      💚💛💖💖💜💙

      Setelah diteliti maka pendapat yang lebih kuat adalah pendapat yang kedua berdasarkan kepada fakta fakta di bawah

      💚💛  PERTAMA
      💜

      Hadith Qudsi yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya

      💙 Sabda Rasulullah

      Dan tidaklah hampir kepadaKu hambaKu dengan apa juapun maka yang lebih Aku sukai adalah mereka yang melaksanakan amalan Fardhu ke atas mereka dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan Sunat sehinggalah Aku kasih kepadanya.
      HR Al Bukhari

      💚💛  KEDUA
      💖

      Puasa Qadha' adalah puasa WAJIB dan merupakan hutang Ibadah kepada Allah. Adapun puasa Enam Syawal hanyalah sebagai tambahan pahala.  

      💚💛  KETIGA
      💖

      Menurut Imam Nawawi " Hujjah pendapat pertama adalah lemah dan bertentangan dengan hadith seperti berpuasa sepanjang tahun"
      Lihat Syarah An Nawawi 'ala Muslim 8/56.

      💚💛  KEEMPAT
      💖

      Tindakan Saidatina Aisyah r.a yang melewatkan puasa Qadha' boleh dijadikan hujjah bahawa amalan Sunat dan Wajib sama sekali tidak boleh digabungkan.

      والله اعلم 

      💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙

      Rujukan Hadith

      1. Hadith Puasa Sunaat Enam Syawal 
      2. Hadith Larangan berpuasa pada dua hari raya
      3. Hadith melewatkan Puasa Qadha´

      💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙


      Selasa, Mei 28, 2019

      SILA SEMAK ARAH QIBLAT ANDA



      Matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada 2 tarikh ini pada setiap tahun iaitu




      Bagi sahabat-sahabat di Malaysia khususnya akan berpeluang menyemak arah qiblat pada dua tarikh dan masa seperti di atas.  

      Ketika itu matahari akan berada tepat di atas Ka'abah. 

      Jika kita pacakkan sebatang tiang maka bayang tiang yang menghala ke arah matahari akan membetuli arah Qiblat.

      💜💛💖💖💖💚💙




      Catatan
      • Waktu 5.16pm dan 5.28pm hanya boleh diguna pakai di Malaysia sahaja.
      • Tidak semua negara di dunia boleh menentukan arah Qiblat berpandukan cara ini. 
      • Negara negara dalam petak kuning dan coklat sahaja (jika tidak hujan) boleh menggunakan kaedah ini.







      SELAMAT MENCUBA



      Rabu, Mei 15, 2019

      QALBUN : JANTUNG ATAU HATI



      💖 Firman Allah
      كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِمُتَكَبِّجَبّ﴿٣٥رغف
      كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ ﴿٣٥﴾ غافر

      Maksudnya
      Demikianlah Allah mengunci mati atas setiap ** orang yang takbur lagi bermaharajalela
      Surah Ghafir ayat 35

      💖 Sabda Rasulullah s.a.w

      أَلا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلا وَهِيَ الْقَلْب - رواه البخاری و مسلم

      Maksudnya
      Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat seketul daging. Apabila baik daging itu maka baiklah jasad itu Apabila rosak daging itu maka rosaklah jasad itu. Ketahuilah dia adalah **

      HR : al Bukhari dan Muslim dari Nu´man bin Basyir

      Apabila kita membaca AlQuran, kita sering berjumpa dengan kalimah قلب atau قلوب

      💜💛💚💙💖💖💙💚💛💜

      Kalimah قَلب bermaksud Satu Jantung adapun maksud bagi kalimah قُلُوب adalah Jantung Jantung

      💜💛💚💙💖💖💙💚💛💜

      Telah menjadi kebiasaan, kita menterjemahkan kalimah ini sebagai "hati"

      BENARKAH  ْقَلْب  ITU HATI 

      Pada hakikatnya, kalimah  ْقَلْب  adalah bermaksud JANTUNG Bukannya Hati.

      Ini berdasarkan kepada hujjah hujjah di bawah ini

      💖💙 PERTAMA
      💚
      Dalam bahasa Inggeris, kalimah قُلُوبِ diterjemahkan sebagai HEART dan HEART apabila diterjemahkan semula ke dalam Bahasa Malaysia bermaksud JANTUNG.

      Maka kenapa pula kita mesti terjemahkan قلب itu sebagai Hati. Sedangkan HATI dalam bahasa Inggeris adalah LIVER.

      💖💙 KEDUA
      💚
      Dalam alQuran menyatakan  قلب terletak di dada

      💖 Firman Allah

      فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ ﴿٤٦﴾ الحج

      Maksudnya
      Maka sesungguhnya tidaklah mata itu yang buta tetapi yang buta itu ialah ** di dada.
      Surah alHajj ayat 46




      Organ badan yang terletak di dada adalah Jantung bukannya hati. Adapun hati ianya berada di bawah dada.

      💖💙 KETIGA
      💚
      Hati dalam bahasa arab adalah  کبدة  berdasarkan hadith di bawah

      💖 Sabda Rasulullah saw

      أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ، فَأَمَّا المَيْتَتَانِ فَالْجَرَادُ والْحُوتُ، وَأَمَّا الدَّمَانِ فَالطِّحالُ وَالْكَبِدُ

      Maksud Hadith
      Dari Ibnu Umar r.a  berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Telah dihalalkan bagi kita dua bangkai dan dua darah, adapun dua bangkai itu adalah belalang dan ikan, dan dua darah adalah limpa dan hati.

      HR : Ahmad dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar

      Seandainya  کبدة adalah hati maka apakah jawapan yang paling tepat bagi kalimah قلب  kalau Bukan JANTUNG.

      PESANAN ALLAH BUAT KITA

      💖 Firman Allah

      إِنَّهُ لَقَوْلٌ فَصْلٌ ﴿١٣﴾ وَمَا هُوَ بِالْهَزْلِ ﴿١٤﴾ الطارق

      Maksudnya
      Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus. Dan ia bukanlah kata-kata senda gurau.
      Surah at Toriq ayat 13 dan 14

      Dan ingatlah bahawa kata kata Allah adalah sebenar benar perkataan.

      💖 Firman Allah

      وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّـهِ قِيلًا ﴿١٢٢﴾ النساء

      Maksudnya
      Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?
      Surah an Nisa´  ayat 122

      Sebagai Hamba Allah, siapalah kita untuk menidakkan kata kata Allah ini.

      Justeru itu, maka makna yang paling tepat bagi kalimah قلب adalah JANTUNG.


      والله أعلم

      💜💛💚💙💖💖💙💚💛💜

      Rujukan Hadith

      Sila klik pada pautan berkaitan


      💜💛💚💙💖💖💙💚💛💜

      Sabtu, Mei 11, 2019

      SURAH SURAH MAKKIYAH DAN MADANIAH


       SURAH SURAH MAKKIYAH

      Bilangan Surah surah Makkiyah adalah sebanyak 86 surah iaitu
      • Al-Fatihah
      • Al-An'am
      • Al-A'raf 
      • Yunus 
      • Hud
      • Yusuf
      • lbrahim
      • Al-Hijr 
      • Al-Nahl
      • Al-Isra' 
      • Al-Kahf
      • Maryam
      •  Taha
      • Al-Anbiya 
      • Al-Mukminun 
      • Al-Furqan 
      • Al-Syu'ara 
      • Al-Naml
      • Al-Qasas 
      • Al Ankabut 
      • Ar Rum 
      • Luqman 
      • Al-Sajdah 
      • Saba’ 
      • Fatir
      • Yasin
      • Al-Shaffat
      • Sod
      • Al-Zumar
      • Ghafir
      • Fusshilat
      • Al-Syura
      • Al-Zukhruf
      • Al-Dukhan
      • Al-Jatsiyah
      • Al-Ahqaf
      • Qaf
      • Al-Dzariyat
      • Al-Thur
      • Al-Najm 
      • Al-Qamar 
      • Al-Waqi’ah 
      • Al-Mulk 
      •  Al-Qalam 
      • Al-Haqqah 
      • Al-Ma’arij 
      • Nuh
      • Al-Jin
      • Al-Muzammil
      • Al-Muddatsir
      • Al-Qiyamah
      • Al-Mursalat
      • Al-Naba
      • Al-Nazi'at
      • Abasa
      • At Takwir
      • Al-Infithar
      • AlMuthaffifin 
      • Al-Insyiqaq
      • Al-Buruj
      • Al-Thariq
      • Al-A’la
      • Al-Ghasyiyah
      • Al-Fajr
      • Al-Balad
      • Al-Syams
      • Al-Lail
      • Al-Dhuha
      • Al-Insyirah
      • Al-Tin
      • Al-'Alaq
      • Al-Qadr
      • Al-'Adiya
      • Al-Qari'ah
      • Al-Takatsur
      • Al-'Ashr
      • Al Humazah
      • Al-Fil
      • Quraisy 
      • Al-Ma'un
      • Al-Kautsar
      • Al-Kafirun 
      • Al-Masad
      • Al-Ikhlash
      • Al-Falaq
      • Al-Nas

      SURAH SURAH MADANIYAH

      Adapun bilangan Surah surah Madaniyyah adalah sebanyak 28 surah iaitu
      • Al-Baqarah
      • Ali Imran,
      • Al-Nisa'
      • Al-Maidah
      • Al-Anfal
      • Al-Taubah
      • Al-Ra'd
      • ¿Al-Hajj
      • Al-Nur
      • Al-Ahzab
      • Muhammad
      • Al-Fath
      • Al-Hujurat                     
      • Al-Rahman
      • Al-Hadid
      • Al-Mujadilah
      • Al-Hasyr
      • Al-Mumtahanah 
      • Al-Shaf 
      • Al-Jumu’ah
      • Al-Munafiqun 
      • Al-Taghabun 
      • Al-Thalaq 
      • at Tahrim 
      • Al-Insan  
      • Al-Bayyinah 
      • Al-Zalzalah    
      • Al-Nasr                         
      Sungguhpun demikian, Ulamak berselisih dalam menentukan status lima surah surah Makkiyah dan tujuh surah surah Madaniyah.

      Lima surah Makkiyah adalah seperti berikut.
      • al-Fatihah
      • al-Qadr
      • al-Ikhlash 
      • al-Falaq 
      • al-Nas.               

      Adapun tujuh surah surah Madaniyyah yang dimaksudkan adalah
      • al-Ra'du                    
      • al-Rahman           
      • al-Sof                   
      • al-Taghabun         
      • al-Muthaffifin   
      • al-Bayyinah           
      • al-Zalzalah            


      💖💚💛💖💚💛