10 Muharam atau dikenali sebagai Hari Asyura merupakan satu-satunya hari yang teristimewa dan penting di dalam islam Banyak peristiwa yang bersejarah telah berlaku pada hari tersebut.
antaranya
• Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
• Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
• Nabi Nuh diselamatkan daripada banjir besar yang menenggelamkan bumi selama enam bulan.
• Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.
• Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
• Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
• Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
• Nabi Isa diangkat ke langit.
• Nabi Ayub dipulihkan daripada penyakit kulitnya
• Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
• Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
• Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
• Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
• Hari pertama Allah mencipta alam.
• Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
• Hari pertama Allah menurunkan hujan.
• Allah menjadikan Arasy.
• Allah menjadikan Luh Mahfuz.
• Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Oleh yang demikian, kita disunatkan berpuasa pada hari tersebut
Hadis-hadis mengenai puasa sunat 10 Muharam adalah seperti berikut:
“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa
”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))
Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: " Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka ( orang Yahudi ) menjawab, " Hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini ". Maka sabda Nabi saw: " Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu." Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa ".
Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa wajib, namun setelah difardhukan puasa Ramadan pada tahun ke 2 Hijrah, maka puasa Asyura menjadi sunat sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:
“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))
PUASA TASU'A
PUASA SUNAT 9 MUHARAM)
Adapun disunatkan berpuasa 9 Muharam adalah berdasarkan kepada beberapa hadis sohih, antaranya;
Daripada Ibnu Abbas berkata "ketika Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai berpuasa lalu mereka berkata : Wahai Raslullah , Bukankah hari ini hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi " sekiranya tahun hadapan jika diizinkan Allah kita akan berpuasa pada hari ke 9. Ibnu Abbas berkata " tidak sempat munculnya tahun hadapan Rasulullah s.a.w wafat terlebih dahulu" Hadis riwayat Imam Muslim.
Daripada Ibnu Abbas berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ( maksudnya ) " Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari ke 9". Hadis riwayat Muslim.
KESIMPULAN
1. Imam Syafie, Imam Ahmad,, Imam Ishaq dan kebanyakan ulamak dari mazhab Hanbali dan Syafie sepakat menyatakan bahawa puasa 9 dan 10 Muharam adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat sangat dituntut. Sebaliknya Imam Abu Hanifah menyatakan ianya adalah wajib.
2. Imam Abu Hanifah juga menyatakan bahawa Makruh berpuasa satu hari pada 10 Muharam sahaja ( tanpa puasa 9 Muharam ) kerana ianya menyamai puasa orang Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam sahaja.
3. Pendapat yang menyatakan sunat berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam ( tambah satu hari pada 11 Muharam ) adalah tidak kuat. Ini adalah kerana hadis yang dipegang oleh pendapat ini terdapat perawi yang bernama
1. Ibnu Abi Laila - buruk hafalan
2. Daud bin Ali - idah tsiqoh atau tidak boleh dipercayai
Oleh yang demikian menurut Adz Zahabiy, " Hadis Sunat berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam tidak boleh dijadikan hujjah.
10 MUHARAM PADA PANDANGAN SYIAH
Bagi masyarakat Syiah khususnya di ibu kota Teheran, Iran; Karbala di Iraq; Lucknow, India dan Nabatiye, selatan Lebanon, Hari Asyura adalah hari mereka berdukacita.
Setiap tahun bermula dari 1 Muharam sampailah kepada 10 Muharam dan berlanjutan selama 40 hari (Arbaen),penganut-penganut Syi'ah akan mengadakan upacara pengkabungan kononnya sebagai tanda memperingati kematian Imam Husain bin Ali yang terbunuh di Karbala pada tanggal 10 Muharram tahun 61 Hijrah.
Mereka akan mengadakan pelbagai upacara yang mencederakan diri sendiri seperti menampar-nampar muka dan dada, melukakan tubuh serta kepala dengan pisau-pisau kecil bahkan ada yang menggunakan pedang sehingga tubuh dibasahi darah.
Di samping itu seorang dari kalangan mereka yang digelar dengan nama "Zakir Husain" akan mengumandangkan syair-syair ratapan menceritakan penderitaan Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. dan kezaliman yang dilakukan terhadap mereka diselangi dengan caci maki terhadap Bani Umayyah dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang dianggap mereka sebagai perampas hak Ahlul Bait.
Bagi Ahlus Sunnah sepakat mengatakan bahawa amalan tersebut merupakan amalan jahiliyyah dan diharamkan berdasarkan kepada hadis daripada Rasulullah s.a.w. daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda, "Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah."(Sahih Bukhari Kitabul Janaaiz dan Muslim Kitabul Iman).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan