- Sujud lega sistem
pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam
tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal,
kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang
sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak
terjangkau akal manusia.
Manusia
melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat
dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan
menjauhi larangannya.
Ulama
mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah
s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara
hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan
organ ke tempat asalnya.
Bernafas
ketika sujud pula boleh:
-
membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat
asalnya.
-
membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan
sakit hernia. (burut)
-
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan
paru-paru daripada ketegangan.
-
mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan
sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang
tubuh.
-
meringankan bahagian pelvis.
- memberi
dorongan supaya mudah tidur.
-
menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan
bangun daripada sujud.
- pergerakan
otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan
kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi
wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi
untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan
kegemukan.
- pergerakan
bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke
tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions)
.
- organ
terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
-
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak
secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.
Dari segi
psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha
Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi
perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak
yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta
menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut
kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki
darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk
berfungsi secara normal dan sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan