-->
Bergurau
memang seronok. Kadang-kadang, bergurau boleh membuatkan suasana kelas yang
muram menjadi ceria. Yang sepi bertukar gamat terutamanya waktu nak dekat
'exam'. Gurau senda jugalah yang menjadi penambah perisa dalam tautan ukhwah.
Adapun, setiap perkara
tentulah ada batasnya. Tidak kiralah kegembiraan, kesedihan, lawak jenaka,
gurau senda atau apa sahaja. Jikalau berlebihan tanpa batas, hidup boleh jadi
huru-hara!
Namun, Islam itu cukup
cantik. Allah S.W.T. tidak pernah membiarkan umatNya terbiar tanpa panduan.
Al-Quran dan As-sunnah itu sentiasa ada untuk menjadi rujukan kita. Dalam hal
ini, Dr. Yusuf Qardawi ada meletakkan 5 syarat untuk bergurau
senda.
1. PERKARA YANG HENDAK DICAKAPKAN ITU BUKANLAH
SESUATU YANG BOHONG.
Nabi SAW
bersabda:
"Celaka
orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan
celakalah dia."
HR Ahmad dan ad-Darimi
HR Ahmad dan ad-Darimi
Dalam berbicara, kita dilarang sama sekali menokok nambah
dan berkata perkara-perkara yang tidak benar.
2.
TIDAK MENGHINA SESEORANG.
Firman Allah ( Maksudnya )
"Hai orang-orang yang beriman. Janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain. Boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Hujurat: 11)

Ada masanya kita tak sedar perkara yang kita sangka hanya
satu gurauan terhadap sahabat kita, sebenarnya telah mengecilkan hatinya.
Jangan sesekali menganggap semua insan adalah seperti kita; tidak merasa
apa-apa bila diejek. Masing-masing punya perasaan tersendiri.
Jika ada kekurangan pada diri sahabat, tegurlah dengan cara
yang baik. Gurauan yang melampau boleh menjadi asbab kepada putusnya
sillaturrahim. Maka, berhati-hatilah.
3. MELAWAK YANG TIDAK MENAKUTKAN ORANG
LAIN.
Nu’man bin Basyir r.a.
berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasululah SAW di dalam satu perjalanan.
Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki lain mengambil
anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan
dia terperanjat.
Rasulullah SAW
bersabda:
"Haram bagi seorang
lelaki menakutkan orang Islam." (HR Thabrani -
sahih)
Nabi SAW
bersabda:
"Janganlah kamu
mengambil barang kepunyaan saudara seIslamnya dengan niat melawak ataupun
betul-betul." (HR Ahmad -
sahih)
Gurauan yang tidak kena pada tempatnya juga adalah sangat
ditegah. Malah nabi sendiri mengharamkan kita untuk menakut-nakutkan saudara
seIslam kita. Berpada-pada lah dalam bergurau. Setiap benda ada hadnya kerana
jika tidak memikirkan kesan gurauan yang sepatutnya, hiburan boleh menjadi
bala. Maka, berhati-hatilah.
4.
JANGAN BERGURAU PADA PERKARA YANG
PERLU
SERIUS.
Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya
walaupun dalam keadaan melawak.
Nabi
SAW bersabda:
"Tiga perkara yang mana diambil
hukumnya samada dalam keadaan melawak ataupun serius: nikah, cerai, membebaskan
hamba."
HR Abu Daud, at-Tarmizi dan Ibnu Majah - sanadnyaHasan
HR Abu Daud, at-Tarmizi dan Ibnu Majah - sanadnyaHasan
Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang
ketawa ketika mendengar al-Quran.
Firman Allah S.W.T.:
Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.
Surh an Najm ayat 59 – 61

5.
HENDAKLAH MELAWAK SEKADAR PERLU DAN TIDAK
BERLEBIHAN.
Nabi SAW
bersabda:
"Janganlah
kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan
hati."
Hr Ahmad dan Ibnu Majah – sanad hasan
IKTIBAR KISAH RASULULLAH
S.A.W.
Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak
dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan
seorang wanita tua.
Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada
Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda
menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam
syurga." Perempuan itu balik dan menangis.
Baginda saw bersabda:
Baginda saw bersabda:
أMaksudnya:
"Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."
Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata
"Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn
kami." Baginda menjawab:Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata
melainkan perkara yang benar.
Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)
Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)